in

Last Minit Beli Baju Sekolah? Ini Korang Kena Tahu!

Sumber Gambar: http://smsbanting.blogspot.com

What! Next week dah start sekolah? Oh no! Kejapnya cuti…..

Haipp.. kita kena excited nak masuk sekolah! Baru ada semangat nak belajar.. Hihi! Eh tapi sebelum tu LUNARIA nak tanya ni.. #Lunagirls dah beli baju sekolah ke belum? Alaa.. mesti ada yang suka beli last minit.. It’s okay girls..we got you covered! Jom tengok tips LUNARIA dalam pemilihan baju sekolah tahun 2019!

MATERIAL BAJU

via GIPHY

Keselesaan baju sekolah ni penting tau #Lunagirls! Yelah kita akan pakai dari pagi sampai ke tengahari.. Kalau sekolah petang pula mesti lagi senang berpeluh! Fuh! Jadi korang kena pilih material kain yang ringan dan tidak melekat seperti kain cotton! Jangan pilih jenis kain lycra, nanti bila berpeluh melekat pula! Huhu!

JAHITAN BAJU

via GIPHY

Kadang baru pakai baju 2,3 bulan dah koyak sana sini.. mesti pelik kan? Perkara ini boleh terjadi disebabkan jahitan baju yang kasar. Korang kena make sure sebelum beli tengok-tengok dulu jahitannya.. Cari jahitan yang kemas dan rapi! Dan kalau nampak benang terkeluar tu minta tukar yang lain okay girls!

KUALITI KAIN

via GIPHY

Benda yang paling tak suka bila nampak baju sekolah dah start kusam dan lusuh, hmm! Sedihnya nampak tak terurus dan selekeh nanti! Tips LUNARIA untuk korang cari jenis kain yang “easy-ironing” macam kain cotton.. Lagi pun kalau bangun lambat tak ada lah ambil masa yang lama untuk gosok baju! Hehe!

UKURAN YANG BETUL

via GIPHY

Haipp! Bukan bermaksud #Lunagirls kena beli yang betul-betul ikut bentuk badan ya! Itu kalau untuk baju raya.. Haha! Pastikan beli baju yang sedikit besar saiznya.. dalam 1 atau 2 inch lebih! Sekarang #Lunagirls dalam fasa untuk membesar.. kalau baju terlalu ikut badan nanti tak sempat setengah tahun dah tak muat dan kena beli yang baru!

BASUH SEBELUM GUNA

via GIPHY

Ramai yang tak tahu sebenarnya setiap pakaian yang kita guna perlu di basuh terlebih dulu! Kenapa? Sebab baju kita di proses dari kilang, jadi kita tak tahu sekiranya ada debu atau kuman bakteria yang melekat pada baju.. So nanti bila dah beli, terus basuh dan gosok okay girls? Jangan tunggu esok nak sekolah baru gosok.. marah mak nanti! Hihi!

Jenama baju sekolah tak beri jaminan keselesaan tau #Lunagirls! Setiap orang ada cita rasa dan bajet yang berbeza.. Tapi apa yang penting baju tersebut mestilah tahan lama dan selesa untuk korang pakai! Haa, soalan penting.. Kuku dah potong? Rambut dah potong? SuperDeals ada buat promosi hanya RM35 untuk potong, cuci dan blow dry girls! Berbaloi beb!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sementara Tunggu Result SPM… Nak Kerja Atau Tak?

Air Kencing Warna Kuning? Oren? Hijau? Eeew!