in ,

Lara Jean Curang Dengan Peter Kavinsky?! #toalltheboysilovedbefore2

Sumber gambar: Etonline.com

What?! Lara Jean curang dengan Peter Kavinsky? Takkan curang kot? Bukan ke waktu first dulu mereka berdua sayang each other? How come boleh curang pula?!

Wowww, jangan panik girls! Tahu korang excited dan terkejut waktu tengok official trailer movie To All the Boys: P.S I Still Love You baru-baru ini sebagai sambungan untuk movie To All The Boys I’ve Loved Before.

Image result for lara jean and peter kavinsky
Sumber gambar: Elitedaily

Kalau korang layan Netflix mesti tahu punya dengan movie yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat. Agaknya siapakah lelaki yang telah mendapat satu lagi surat cinta zaman sekolah Lara Jean yang dikirimkan sendiri oleh adiknya? For those yang dah tengok, korang rasa macam mana sambungan kali ini? Okay atau tidak?

Ketika dalam movie To All Boys I’ve Loved Before, Lara Jean bercinta dengan rakan sekelasnya waktu sekolah rendah which is Peter Kavinsky.

Image result for to all the boys p.s. i still love you
Sumber gambar: Cheatsheet

Nama pun kakak, siapa je yang suka bila barang-barang dia diusik tanpa kebenaran. Kalau dah namanya surat dan tertera alamat, confirm semua lelaki tersenarai akan dapat surat cinta dia betul tak? Dalam banyak-banyak surat cinta yang dihantar itu, nampaknya melekat pula Lara Jean dengan seorang jejaka kacak bernama Peter Kavinsky. Before that, Peter sudah mempunyai girlfriend dan disebabkan itu dia kurang layan Lara. Orang kalau ada partner, takkan nak layan orang lain lagi betul tak? Dapat pula waktu itu Lara dengan ex-girlfriend Peter pernah menjadi kawan baik ketika zaman sekolah dulu.

Untuk sambungan kali ini nampaknya kisah cinta mereka akan diganggu oleh seorang jejaka cute yang bernama John Ambrose McClaren. Lambat ya sampai surat itu, dekat season 2 baru nak balas balik surat cinta. Rupa-rupanya waktu sekolah dulu, John pun suka dekat Lara walaupun ketika itu mereka masih di sekolah rendah.

Woopsie! Dekat sini perasaan cinta Lara terhadap Peter akan diuji! Cewah bukan main diuji.. Biasalah gaiss, korang bercinta pun akan ada orang kacau, inikan pula dalam movie, mesti kena ada juga. Baru best bila tengok.. Lagi best bila dekat trailer itu ada tunjuk part yang mana Peter dan John kenal antara satu sama lain. So mereka kawan maknanya? Dan mereka akan berebut untuk mendapatkan hati Lara Jean?

Korang rasa agak-agaknya siapa akan menang? John atau Peter? Kalau LUNARIA, akan team Peter Kavinsky sebab cinta pertama selalunya yang paling meninggalkan kesan dan paling bermakna. So dekat situ dah nampak yang Lara takkan pilih John walaupun dia pernah sukakan John waktu sekolah rendah dulu. Come on, itu waktu sekolah rendah. Sekarang dah besar!

For those yang tak tahu, movie ini merupakan adaptasi daripada novel original To All The Boys I’ve Loved Before. Sesiapa yang dah baca buku mesti tahu apa ending movie kan? Sis sendiri rasa malam ini macam nak habiskan season 2 teurs, sebab dekat social media semua dah kecoh suruh tengok! Ada yang kata movie ini sedih, happy dan sebagainya. Ala, tak ready lagi nak bersedih sebab part 1 dulu semua scene happy! Korang komen sikit pendapat korang tentang movie ini okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Happy Birthday Jaehyun! Ini Fakta Menarik Tentang Heartthrob NCTzen!

Nak Tips Cemerlang Akademik? Ini Korang Boleh Buat!