in ,

Landing Je Terus Kill! #TIPSPUBG

Sumber Gambar: https://dailysocial.id

via GIPHY

Balik, balik PUBG! Hangat betul ya, game battle royale satu ini! #Lunagirls dah cuba belum tips and tricks Ummi untuk dapatkan “Winner, winner, chicken dinner”, kalau belum korang boleh klik sini! Untuk hari ini Ummi nak share pula tempat landing terbaik PUBG untuk dapatkan barangan yang rare!

SCHOOL

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

Siapa suka turun dekat school? Wow! Korang memang berani tau.. School merupakan antara tempat popular penerjun akan turun tau.. sebab banyak barang yang boekk korang boleh ambil! Bukan setakat senjata tapi barang medic pun ada! Rugi kalau #Lunagirls tak land dekat sini. Barangan hot picks!

MILITARY BASE

Sumber Gambar: https://forums.pubg.com/

Dulu Ummi suka turun sini, dengan harapan kurang orang dekat sini. Tapi siapa sangka dekat sini rupanya ramai orang mendarat walaupun ia betul-betul dekat hujung peta! Tapi sebenarnya landing dekat sini sedikit bahaya sebab ia di luar circle, senang terdedah pada virus! Tapi demi barang baik, nak tak nak kita terjun! But make sure, after jump terus kutip senjata korang, cari kereta dan lari tau!

GEORGOPOL

via GIPHY

Georgopol terletak di pantai Barat Laut Erangel! Kalau biasa kita jumpa rumah, gudang tapi dekat sini korang akan berjumpa kontena! Dekat dalam dan atas kontena itu memang banyak barang tau, tapi hati-hati dengan musuh, make sure #Lunagirls peka dengan bunyi tapak kaki! Walaupun korang dekat atas, bawah atau dalam kontena, korang tetap terdedah dengan musuh tau girls.

BUNKER

Sumber Gambar: https://www.rockpapershotgun.com

Ha! Siapa yang suka turun dekat shooting range? Korang dah cuba masuk dalam Bunker tak? Katanya dalam Bunker, ada banyak barang tau dan korang boleh jumpa barang yang berkualiti. Fuh! Syokkan bunyinya.. tapi pastikan korang orang pertama yang datang y!. Sebab takut ada orang lain yang dah sapu semua barang dan tunggu tepi untuk kill korang!

POCHINKI

via GIPHY

Tempat yang paling ditakuti dalam PUBG! Untuk yang tak tahu, kawasan ni tempat yang ada rusuhan besar-besaran tau. Sebab tempat ini korang sampai je terus dapat barang yang baik! Tapi ucapan Ummi good luck, kalau nak turun sini ya.. Make sure hati kental, dan sebelum mendarat itu tengoklah atas bawah dulu, kira berapa ramai orang nak mendarat dekat situ okay?

Favorite place landing korang dekat mana #Lunagirls? Selamat ke? Ada banyak barang tak atau pun boleh ke nak serang hendap orang? Share dengan Ummi dan team LUNARIA tau.. nak share ID pun boleh, nanti kita boleh main sama-sama!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Best Friend Challenge: Crush Dia Faiz Roslan?

Print Gambar Instax-Polaroid Sendiri? Jimat!