in ,

Lambat Makan Punca Berat Badan Naik!😱

Sumber gambar: https://sites.psu.edu/siowfa16/2016/10/16/does-eating-late-at-night-makes-you-gain-weight/

Diet bagai nak rak, tapi rak patah dan badan still sama tak kurus pun! Apa yang salahnya dalam diet tu?

Diet tu tak ada salah langsung, yang salah ialah bila korang sendiri ada amalkan beberapa tabiat buruk sampai buatkan berat badan naik secara mendadak even dah amalkan diet setiap hari. Jom tengok sikit apa tabiat buruk yang mungkin korang buat tu…

MAKAN LAJU LAJU

via GIPHY

As a Muslim, kita kan digalakkan untuk kunyah makanan sebanyak 44 kali supaya semua makanan tu hancur dengan sempurna dan korang pun akan rasa kenyang dengan cepat. Tapi kalau baru kunyah tiga kali pun dah telan terus, mana nak rasa kenyang. Confirm korang akan cepat rasa lapar lagi dan sistem penghadaman pun susah nak proses makanan.

KURANG MINUM AIR MASAK

via GIPHY

Air masak ni selain boleh buat kita jadi cantik, sihat dan segar, ia juga boleh buat korang kurus tau tak. Bila minum air yang cukup, korang akan kurang rasa nak makan. Amalkan cara minum air sebelum makan sebab that time korang akan kurang rasa nak makan nasi banyak-banyak. Baru la cepat kurus!

LAMBAT MAKAN

via GIPHY

Bangun pagi pun pukuk berapa, breakfast dah skip. Then brunch pula pukul 3. Memang korang akan rasa double lapar la kalau lambat makan. Portion makan tu akan berganda daripada kebiasaan dan korang akan cepat naik berat badan walaupun ada buat diet sekali sekala. Result tetap akan jadi sama juga.

MAKAN MAKANAN MANIS

Image result for makanan manis
Sumber gambar: https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/mengatasi-ngidam-makanan-manis-dan-asin/

Kalau dapat makan makanan manis ni memang syok, lagi-lagi kalau kek atau coklat! Tapi waktu diet mana boleh nak makan makanan manis, nanti ganggu la diet korang tu. Berat badan pun akan naik lagi-lagi kalau korang ambil dalam kuantiti yang banyak. So, jangan terkejut la kenapa dah diet tapi berat still sama juga.

Lagi bagus kalau korang amalkan pemakanan yang teratur dan ikut jadual yang dah ditetapkan. ‘Puasa’ sekejap dengan makanan ringan atau tak berkhasiat. Mula-mula memang susah, tapi lama-lama nanti mesti korang akan terbiasa dengan semua tu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Selfie K-Pop Idol Kena Cuba!

Kena Tinggal Dekat Rumah? Jangan Buat Macam Ni Please…