in ,

Lama Tak Jumpa BFF, Ini Cara Lepaskan Rindu

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Punya lama tak jumpa dengan BFF sampai macam mana rupa dia pun dah tak ingat, hehe! Maklumlah Covid-19 ini betul-betul bagi impak yang besar dalam diri semua orang termasuk korang sendiri.

Sumber gambar: Lunaria

Daripada tempoh dua minggu, sekarang ditambah lagi dua minggu menjadikan empat minggu tempoh arahan kawalan pergerakan keselamatan. Dah dekat dua minggu tak dapat jumpa dengan kawan-kawan, mesti ada yang dah mula rindu betul tak? Buatnya BFF korang pula memang jenis tak suka update apa-apa dekat social media, buat lagi rindu.

Tapi Ainaa ada cara yang boleh buatkan korang lepas rindu dekat BFF. Tak boleh lepak bukan masalah utama sebab korang boleh buat benda lain untuk lepaskan rindu. Ainaa dah pun buat benda ini dan memang berkesan, tahap rindu dekat kawan-kawan dah berkurangan sikit, hehe! Caranya simple je, korang pun mesti boleh buat sekarang!

GOOGLE HANGOUT

Sumber gambar: Lunaria

Zaman teknologi kita kena explore lebih supaya tak ketinggalan zaman. Benda ini best tau sebab kita boleh video call beramai-ramai even sampai 15 orang pun boleh! Tadi kami team Lunaria baru sajaje video call sebab rindu sangat, kita video call sekali beramai-ramai. Korang cuma perlukan email masing-masing sahaja dan invite sesiapa yang korang nak dia join sekali. Unikkan? Yes memang unik sebab teknologi kita dah maju. Kalau tak ada laptop, korang boleh juga gunakan phone tapi leceh sikit sebab banyak step dan tak puas! Kita nak tengok muka semua orang. Mesti kecoh punya waktu itu, semua sibuk nak bercerita kisah masing-masing dekat rumah.

WHATSAPP / INSTAGRAM

via GIPHY

Dua apps ini pun berguna juga untuk korang video call dengan kawan-kawan. Tapi untuk WhatsApp video call, had hanya untuk empat orang sahaja manakala untuk Instagram video call, korang boleh buat sampai enam orang. Make sure line Internet laju supaya tak tersekat sebab that time korang mesti nak menjerit tengok muka masing-masing? Kalau kawan ramai sangat, ambil turn seorang demi seorang, haha! Gigih tau semata-mata untuk lepaskan rindu masing-masing.

THROWBACK GAMBAR

Sumber gambar: Lunaria

Macam Ainaa, semalam Ainaa throwback gambar dengan kawan-kawan dekat Instastory, hehe! Tapi dekat situ Ainaa biarkan je tarikh sebab takut nanti ada yang ingat Ainaa keluar rumah jumpa dengan kawan-kawan. Cara ini yang paling senang nak lepaskan rindu, at the same time kalau segan nak bagitahu yang kita tengah rindukan kawan-kawan, buat je macam ini. Taklah obvious sangat yang kita tengah rasa rindu dekat mereka semua. Lepas Ainaa buat tu semalam, ramai juga kawan-kawan yang mula throwback gambar sama-sama. Ha, baru mereka tahu itu cara paling senang nak hilangkan rindu.

CALL

via GIPHY

Kita kembali ke zaman yang mana call berjam-jam itu hanyalah perkara biasa. Jangan ingat dengan boyfriend je nak call, dengan BFF pun kena juga call. Tanya khabar dia, apa dia buat, makan semua cukup atau tidak. Tapi kalau korang tak ada free call, susah juga. Call best untuk sesiapa yang free call je sebab tak perlu nak fikir tak cukup kredit nak call. Call lama mana sekali pun, tetap kredit takkan kena tolak. Cuma bateri phone yang berkurangan, haha!

Apa lagi cara yang korang lakukan untuk lepaskan rindu dekat kawan-kawan? Share sikit dekat Ainaa, mana tahu boleh digunakan juga ke cara korang, ingat tau, jangan pergi lepak pula ya!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments