in ,

Lama Menghilang, Ibu Goo Hara Muncul Tuntut Harta

Sumber gambar: Thejakartapost

Selepas beberapa bulan kematian Goo Hara yang ditemui mati di kediaman miliknya, kini muncul pula berita yang tak sedap didengar. Siapa sangka lepas kematiannya, ada pula pihak yang menuntut harta peninggalan miliknya.

Lebih mengejutkan, individu yang telah menfailkan tuntutan di mahkamah berkaitan harta peninggalannya ialah ibunya sendiri. Ibunya dikatakan telah menuntut sebanyak 50% harta peninggalan penyanyi tersebut. Tetapi tuntutan itu telah ditentang habis-habisan oleh bapa dan abangnya sendiri iaitu Hoin.

Image result for ibu goo hara
Sumber gambar: Msn

Menurut Hoin, dia berasa sangat kecewa dengan tindakan ibunya yang dilihat lebih mementingkan wang berbanding anaknya sendiri. Hakikatnya ketika Goo Hara masih hidup, dia langsung tidak mengambil berat tentang anaknya itu. Bukan setakat tidak ambil tahu tentang Goo Hara, ibunya juga langsung tidak mempedulikan abangnya juga. Amboi ini kes berebut harta la ni kan, dah lama hilang tiba-tiba muncul minta harta.

Tambah Hoin lagi ketika dia masih kecil, mereka adik beradik telah dibuang oleh ibunya sendiri sehingga membuatkan mereka kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Sebab itu la Hara sentiasa mahu kasih sayang dan perhatian. Sebab itu lepas dia beria mahukan harta dan mengaku dia ibu kepada Hara, saya rasa marah dan benci untuk mengaku bahawa dia ialah ibu kami.

via GIPHY

Sejak berusia 9 tahun, Goo Hara telah ditinggalkan oleh ibunya. Ketika itu, mereka adik beradik telah dijaga oleh neneknya di kampung sementara bapanya terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Di Korea, harta peninggalan boleh dibahagikan kepada keluarga iaitu terdiri daripada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak atau adik-beradik sekiranya tiada wasiat yang dibuat. Tapi sekiranya ada wasiat, maka harta itu perlu la diserahkan mengikut apa yang ditulis di dalam wasiat tersebut. Lebih kurang macam undang-undang pembahagian harta di Malaysia la, cuma ada sedikit perbezaan.

Disebabkan ibunya telah meninggalkan keluarga ketika anak-anak masih kecil, bapa mendiang Goo Hara menentang habis-habisan kerana menganggap bekas isterinya itu seorang yang tidak bertanggungjawab. Sampai hati dah tinggalkan waktu kecil, tiba-tiba bila orang tu dah mati, baru nak muncul dan tuntut harta!

Kami tak boleh terima permintaannya walhal dulu dia yang tinggalkan anak-anak ketika mereka masih kecil. Apa hak dia untuk terima harta peninggalan Hara?

Image result for ibu goo hara
Sumber gambar: liputan

Ketika kecil, bapa Goo Hara terpaksa mengembara ke serata negara untuk bekerja mendapatkan duit demi menyara perbelanjaan serta membesarkan anak-anaknya tanpa isteri di sisi.

Walaupun telah ditentang, ibunya masih berkeras mencari jalan supaya dia tetap dapat sebahagian daripada harta milik mendiang Goo Hara. Macam yang kita ketahui, Goo Hara mempunyai pelbagai jenis harta peninggalan sepanjang dia menjadi penyanyi.

Kes Goo Hara ni sama juga macam kes Sulli yang mana ibu bapanya juga berebut untuk mendapatkan harta peninggalan miliknya sebanyak 5 billion Won iaitu sebanyak RM18 juta. Bagi kes Sulli, harta peninggalannya perlu dibahagikan sama rata kepada ibubapa dan adik-beradiknya disebabkan dia masih belum mendirikan rumah tangga. Tetapi abangnya, Choi Dae Hee telah membuat keputusan untuk tidak menerima satu sen pun harta peninggalan adiknya itu.

Image result for sulli dan goo hara
Sumber gambar: Idntimes

At the same time, Choi Dae Hee juga telah mendedahkan sikap buruk bapanya yang tergilakan harta Sulli walhal dia langsung tidak pernah meziarahi kubur Sulli langsung. Susah tau bila berebut harta ni, darah daging sendiri pun boleh bergaduh hanya disebabkan duit.

Harapnya kes perebutan harta antara keluarga mendiang Goo Hara dan Sulli akan selesai dengan segera. Bukan apa, kadang-kadang disebabkan duit, keluarga sendiri pun boleh bergaduh.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Kurangkan Rambut Gugur

Artis Korea Yang Setia Dengan Gayanya Sejak Debut