in ,

Lagu Terbaik Sesuai Untuk Dengar Semasa Belajar

Sumber gambar: twitter.com/kdramascenes

Setiap orang memiliki pandangan masing-masing tentang muzik, ia bukan sahaja satu hiburan malah ia juga mampu untuk membantu ramai orang kurangkan stress dan meningkatkan semangat positif. Selain dari itu, ia juga kini menjadi satu perkara biasa pada masa kini untuk ramai pelajar mendengar muzik sambil belajar. Walaupun tidak semua yang bersetuju tetapi kaedah ini biasanya mampu membantu sesetengah orang daripada kita untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran dan untuk korang yang suka belajar sambil mendengar muzik itu kami ada beberapa lagu terbaik yang wajib korang dengar waktu belajar.

IMAGINE DRAGONS – BELIEVER

Walaupun lagu Imagine Dragons Believer ini sudah lama tetapi kalau korang dengar semasa belajar memang boleh buat korang semangat. Bukan setakat rentaknya sahaja tau! Tapi kalau korang tengok makna di bahagian chorus lirik lagu pun iaitu You made me a, you made me a believer, believer, You break me down, you build me up, believer, believer, Oh let the bullets fly, oh let them rain, My life, my love, my drive, it came from pain… memang boleh bagi korang satu motivasi yang wow

THE ROSE – RED

Warna merah biasanya selalu membawa makna gairah, berani dan cinta, tetapi dalam lagu The Rose Red ini memeberi makna baru iaitu kebebasan supaya korang boleh pergi lebih jauh dan buat apa sahaja korang nak sehingga impian korang tercapai. Kalau korang tengok makna lagu ini pun adalah stay, up above the clouds, The flowers bloom like paradise, Dance move your body, Fly like you’re dreaming… The Rose pun ajak korang supaya you do you dan buat sahaja apa korang nak! Hehe

CORRENTE – VIVACE

Kalau yang satu ini pula lain, kenapa tidak korang cuba dengarkan lagu orkestra yang rancak ini. Untuk pengetahuan korang, kebanyakkan yang cerdik pandai memang suka dengar lagu orkestra semasa belajar sebab ia mampu meningkatkan kekuatan otak. Jadi cuba jinakkan diri korang dengan mendengar muzik orkestra, lebih lagi muzik oleh Mozart! Hehe

HUJAN – PELANGI DAN KAU

Lagu ini baru sahaja keluar, dan kalau korang nak tahu, lagu ini memang boleh buatkan korang lebih bermotivasi dan bersemangat sebab lirik dia cakap, biar pun tinggi akan ku daki, biar ke langit ku harus cuba. Kiranya, walau apa pun yang akan terjadi, kita mesti cuba dan cuba, sebab satu hari nanti mesti kita akan gapai juga impian kita kalau tidak putus asa.

BTS – WHALIEN 52

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lagu BTS memang banyak yang deep dan selalu berikan motivasi hidup kepada para pendengarnya. Walaupun lagu Whalien 52 ini adalah tentang ikan paus 52 hertz yang kesunyian korang boleh lihat metafora yang cuba disampaikan BTS ini adalah walaupun kadang-kadang suara atau masalah kita ini tidak didengar oleh orang lain, kita perlu terus berusaha lebih supaya mereka mendengar dan kenal kita.

Mungkin ada beberapa lagu yang dicadangkan tidak kena dengan selera korang dan mungkin juga ada salah satunya memang lagu kegemaran korang. Ia tergantung dengan genre yang korang suka dengar juga, macam yang kami katakan lain orang lain cara penerimaannya. Mesti ada di antara korang yang suka lagu perlahan sewaktu belajar dan mungkin juga ada yang suka lagu agak rancak supaya lebih bersemangat. Walau apa pun cara korang, fikirkan yang utama adalah keselesaan korang sendiri sewaktu belajar nanti okay! 

What do you think?

20 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Rahsia’ Spotify Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Ciri-Ciri Kawan Yang Kita Perlu ‘Buang’