in ,

Lagu Sendu Indonesia Korang Boleh Layan Ketika Sedih

Sumber gambar: www.facetofeet.com

Bagi sesetengah orang, muzik adalah ubat kepada jiwa mereka sebab melalui lagu itu mereka akan rasa seperti ada orang yang tengah memahami perasaan mereka lebih mendalam dan juga ia akan membantu mereka untuk jadi lebih kuat. Bukan setakat itu saja, lagu sedih juga dikatakan mempunyai jiwa yang paling hidup sebab ada sentimen yang mungkin hanya dirasai oleh penyanyi dan pendengar itu sendiri. Dan kali ini, kami akan kongsi dengan korang beberapa lagu sendu terbaik dari Indonesia yang wajib korang layan ketika sedih.

SHEILA ON 7 – DAN

Lagu Dan oleh Sheila On 7 ini memang antara lagu paling legend! Sebab lagu ini ia adalah kisah tentang seseorang yang tak sengaja luka kan hati orang lain. Ala, mungkin korang boleh relate kan dengan kehidupan korang sebab dalam lagu ini dia cakap yang dia tak sengaja luka kan hati orang dan orang yang tersakiti itu pun boleh lah move on kalau itu yang terbaik. Hurmmm

MAHEN – PURA-PURA LUPA 

Lagu ini memang best sangat sebab ia bercerita tentang hubungan sepasang kekasih yang sudah lama bercinta, tapi akhirnya harus berpisah sebab katanya “keadaan” yang sudah tidak boleh dipaksa lagi. Jadi apa yang terbaik adalah keduanya berpisah walaupun salah seorang dari mereka terpaksa hadap sakit hati atau pura-pura lupa tentang hal sebelum ini sebab yang seorang lagi dah ada yang baru. 

ANDMESH KAMALENG – HANYA RINDU

Ini adalah ungkapan rindu yang sangat sakit oleh Andmesh sendiri sebab dia kata yang dia ini harus menjadi ketua keluarga sebab bapanya telah pergi. Bukan setakat itu, beberapa tahun kemudian, kakak pertama Andmesh pula yang dipanggil Tuhan, memang sedih sangat sebab itu antara kakak yang paling dia manja. Paling menyedihkan lagi, bila Andmesh diuji dengan kehilangan ibu pula, sebab itu tercipta lagu ini. Huuu… patutlah memang tangkap ke hati terus lagu ini kan? 😭

ALDY MALDINI- BIAR AKU YANG PERGI

Biar Aku Yang Pergi ini adalah lagu yang paling sedih sebab lelaki itu putus dengan kekasihnya sebab that girl suka dengan sahabat lelaki itu. Lelaki itu pun pasrah walaupun marah, sebab lelaki yang kekasih dia suka itu adalah BFF dia sendiri dan katanya tak mungkin dia nak bermusuhan dengan kawan sendiri sebab hal macam itu. Woah! Redha sangat ini!

CASSANDRA-CINTA TERBAIK

Meski ku bukan yang pertama… dihatimu tapi cinta ku terbaik untukmu! Ha! Korang mesti pernah dengar lagu ini di TikTok dan Instagram yang versi remix punya kan? Ini lah lagu asalnya, dinyanyikan oleh Cassandra. Lagu ini cerita tentang yang perempuan ini sedar yang walaupun dia bukan cinta pertama kekasihnya tetapi sebab dia cinta sangat lelaki itu dan akan tetap percaya pada kekasihnya walaupun ragu sebab kekasihnya jarang ada disisinya. Ala, kan kepercayaan itu penting dalam sesuatu hubungan. Tak apa! Korang mesti boleh hadap punya! Haha! 

Macam mana? Ada yang menangis tak selepas dengar lagu-lagu ini? Hehe! Sebenarnya ada banyak lagi lagu yang lebih sedih untuk korang layan waktu sedih tapi jangan sedih lama-lama okay! Cuba share sikit dengan kami, lagu apa saja yang korang dengar waktu korang tengah sedih melayan jiwa yang tersakiti? Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sifat Karakter ‘Milea’ Yang Harus Kita Hindari

Senarai Aktiviti Best Bersama BFF Selepas #DudukRumah