in ,

Lagu Rap Yang Korang Boleh Layan! No. 3 Paling Padu!

Sumber gambar: Instagram.com @realfimiedon / @zynakal

Ha tepok, ha tepok! Cuba halang, aku langgar tara masalah. Punya la susah susah sampai sini, boleh pulak dia main benci benci, halamak!

Fuhh, siapa je yang tak bersemangat setiap kali dengar lagu ni. Daripada mula dulu tak hafal, terus ingat satu lagu tu! Bukan setakat kita je yang hafal lagu ni, tu ha adik kecil kita pun ada je yang boleh ingat setiap rangkap dalam lagu ni tau. Punya la besar pengaruh lagu Ha Tepok ni.

Sekarang ni pun teenagers bukan setakat layan lagu balada je, dah bermacam genre mereka suka. Itu tak termasuk lagi dalam lagu indie yang sekarang ni dah mula diminati oleh remaja. Iya la, jangan ingat kita ni setakat layan lagu Kpop je, sekali sekala nak la juga merasa dengar genre lagu lain kan? Apa yang Ainaa perasan, sekarang ni ramai remaja dah mula berubah minat dalam genre muzik mereka. Lebih variety kata orang, bercampur-campur dan tidak hanya fokus pada satu genre sahaja. So disebabkan itu, ada beberapa lagu rap atau hip hop sekarang ni jadi kesukaan ramai remaja. Antaranya ialah…

JANGAN PANGGIL – FIMIE DON X RAJA SYAHIRAN

Hikayat Putera Shazlan, siapa tak kenal Fimie Don jangan kawan dengan Lunaria sebab kami semua geng Putera Shazlan! Hehe! Korang mesti tahu kan yang sekarang ni Fimie Don bukan sahaja bergelar seorang pelakon tapi dia juga dah menceburi bidang nyanyian. Lagu baru Fimie yang diberi tajuk Jangan Panggil merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Raja Syahiran dan Fimie sendiri! Betul berbakat Fimie ni, dah la power berlakon ini dah cipta lagu pula. At the same time, Fimie juga ada buat ‘kelas bahasa’ di akaun Tiktok miliknya yang diberi nama Let’s Learn Bahasa Melayu Together. Go and check out semua video dia dekat Tiktok okay! Additional information juga, Raja Syahiran juga merupakan seorang influenceΒ yang mana sebelum ni dia dikenali sebab kebolehan untuk buat beatbox! So bila Fimie dan Syahiran bergabung, memang ramai la yang akan suka dengar lagu mereka ni. Dua-dua pula boleh tahan cute, hehe! Lagu ni pun merupakan satu kata nasihat untuk orang yang tengah nak bercinta. Rap yang Syahiran nyanyi pun senang nak catch up, tak ada laju sangat, hehe! Korang mesti suka lagu ni kan sebab sekarang ni banyak kali juga dengar lagu Jangan Panggil ni dekat radio.

SAKIT – ZYNAKAL FT YONNYBOII

Tak kenal Zynakal? Takkan la tak kenal, tipu ni cakap tak kenal. Bukan nak cakap Zyn ni terkenal disebabkan kes buruk yang dia lakukan, tapi biar la korang kenal dia disebabkan lagu Terbang yang sekarang ni dah mencapai hampir 9 juta kali tontonan di Youtube. Macam yang korang tahu, tahun 2019 bukan la tahun yang baik buat Zynakal apabila banyak musibah telah menimpa dirinya sejak namanya mula dikenali di industri hiburan Malaysia. Lepas kejatuhan, Zyn kembali bangkit dengan lagu baru berjudul Sakit yang dinyanyikan bersama dengan Yonnyboii. Not bad juga lagu ni sebab keseluruhan lagu ini menceritakan tentang perasaan Zyn ketika dia jatuh. Dalam lagu tu sendiri dia ada explain apa yang terjadi selama ini bukan la diatas kehendak dia sendiri dan dia juga memohon maaf atas semua kesilapan itu. At the same time, lagu ni juga boleh dijadikan sebagai lagu untuk kita bangkit daripada jatuh! That’s why sekarang ni MV lagu Sakit telah mencecah 11 juta tontonan di Youtube! Bagus korang ni support semula Zynakal. Kita cuba support dia supaya lepas ni lebih banyak lagu best yang dia akan hasilkan okay!

EH- ZIZI KIRANA

Eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh

Eh, banyak pula eh dekat situ ya, hehe! Iya la mana tidaknya, lagu ni pun tajuknya EH dan dalam lirik lagunya pun ada perkataan EH. Memang tak boleh lari la daripada perkataan EH tu kan? Lagu EH ni bukan setakat rap kosong je tau, ada maksud tersirat yang disampaikan dalam lagu ni. Since sekarang ni zaman netizen suka ambil kisah hal orang lain, jadi tercipta la lagu EH ini. Kalau korang tengok lirik lagu ni, mesti korang rasa kelakar sebab tiba-tiba ada perkataan budu, jubah, membawang, hati hitam dan banyak lagi la perkataan yang kita tak expect boleh ada dalam satu lagu. Rap lagu ni pun best juga, boleh la feeling rap macam kita tengah balas semua kata-kata negative orang lain terhadap kita, hehe! Girls mesti suka lagu ni sebab ada perkataan membawang, hehe! Actually, lagu ni memang ditujukan kepada haters dan netizen pun sebab sebelum ni Zizi asyik kena kecam je dalam setiap apa yang dia buat. Sekali dia counter balik semua tu dalam satu lagu, ha tercyduk semua orang!

RAMPUNG – BEN LADIN

Sekejap muncul, sekejap hilang. Itu la dia Ben Ladin yang bukan sahaja berbadan kecil tapi berbakat besar dalam nyanyian. Korang pun mesti tertanya-tanya dari mana la asalnya Ben Ladin ni, tiba-tiba muncul dalam industri hiburan dengan lagu Hikayat and now lagu Rampung pula. Ha, dalam lagu ni dia ada explain dari mana asal usul Ben Ladin yang sebenar. FYI, Ben merupakan anak didik Malique yang merupakan rapper pertama Malaysia. Kira power la juga Ben ni sebab dia berjaya jadi anak didik Malique sebab kebanyakan rapper di Malaysia ni memang teringin untuk bekerjasama dengan Malique. Before this Ben pernah buat kontroversi which is dia dikatakan tidak hafal rukun Negara. Since tu, Ben memang kena kecam la sebab sebagai rakyat Malaysia, dia boleh terlupa pula dengan rukun negara. Tapi itu dulu, rasanya sekarang ni Ben mesti dah hafal kelima-lima rukun negara yang ada kan. Korang dah tengok ke belum MV lagu Rampung ni? Kalau belum boleh la tengok sekarang sebab viewers pun dah mencecah 1juta lebih ni.

Korang setuju tak kalau Ainaa cakap sekarang ni lagu rap merupakan lagu yang diminati ramai. Tengok je la waktu AJL 34 haritu, lagu Bangun nyanyian AmanRa berjaya dinobat sebagai Naib Juara AJL 34! Ini bermaksud lagu rap dan hiphop dah berjaya menambat hati pendengar Malaysia. Mana tahu lepas ni Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Aiman Tino dan Naim Daniel pun akan keluarkan lagu genre hip hop? Hehe, boleh jadi juga kan?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai K-Idol Yang Tengah In Relationship #iship

Kalau Korang Berani Cuba Tonton Video Ini Di YouTube