in ,

Jom Naikkan Semangat Diri Dengan Lagu!

Sumber Gambar: http://www.wuwm.com

Lagu ataupun muzik banyak memainkan peranan dalam hidup kita! Dan ia juga boleh mempengaruhi emosi kita tau.. Harini LUNARIA kongsikan 4 lagu yang akan menaikkan semangat tak kira bangsa atau agama! Kalau esok ada antara #Lunagirls yang pergi tengok perlawanan bola  Malaysia VS Thailand dekat Bangkok, korang boleh nyanyi lagu ini ramai-ramai! Hihi!

GEMURUH – FAIZAL TAHIR

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir ini diterbitkan pada 2007! Dah 11 tahun! Wow! Kalau #Lunagirls perasan, lagu ni merupakan lagu wajib yang akan dimainkan sama ada di kem motivasi ataupun pada hari sukan!

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Usia lagu legend ini dah hampir 20 tahun tau.. Tapi LUNARIA percaya semua generasi akan tahu tentang lagu ini! Pada sukan SEA lepas, semasa Ratu Rock Ella nyanyi lagu ni terasa meremang bulu roma satu stadium! Semangat makin membara!

NEGARAKU – JOE FLIZZOW, SONA ONE, ALTIMET & FAIZAL TAHIR

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Lagu patriotik Negaraku ni bukan’bashe-bashe girls! Lagu ciptaan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Faizal Tahir, Ezra Kong & Mike Chan bertemakan perpaduan kaum dan keharmonian negara! See girls, siapa kata lagu patriotik tak best? Lagu ni siap ada part rap tau!

FIKIRKAN BOLEH – METROPOLITAN

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

“Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan” ha! Tipu korang tak nyanyi sekali! Hehe! Selalunya kalau hari sukan sekolah mesti cikgu atau pengurusan sekolah akan pasang lagu ini untuk menguatkan lagi semangat para atlet yang bertanding kan? Hihi!

Kita sangat beruntung jadi rakyat Malaysia yang harmoni bersama tanpa mengira bangsa, kaum dan agama! So lagu yang mana pilihan #Lunagirls untuk naikkan semangat diri? Meh komen dekat bawah dan share dengan LUNARIA.. Korang boleh juga layari playlist Hot X untuk dengar pilihan lagu menarik!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

TAHNIAH Adik-Adik UPSR 2018!

Tips Atasi Obsession Terlampau!