in ,

Lagu-Lagu Ramadan Yang Best Untuk Dengar!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=WO1r5jHrOuE

via GIPHY

Tak boleh puasa sebab period? Bosan la, makan sudah, movie pulak dah tak tau nak tengok apa. Hurm, nak dengar lagu la tapi… lagu apa eh?

Mesti korang dah mati kutu tak tahu apa nak dibuat sambil tunggu nak makan sekali dengan family waktu berbuka kejap lagi kan? Nak baca Al-Quran pun tak boleh sebab period, takkan nak tengok TV je sepanjang hari. Haa, Ainaa ada list lagu yang sesuai untuk korang dengar sempena bulan Ramadhan.

RAMADHAN TIBA – OPICK


Bila dengar je lagu ni, jadi semangat nak jalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Lagu ni meraikan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, sebab bulan Ramadhan kan datang setahun sekali je. Dapat pula korang yang tengah lemau tu, dengar je part ‘Ramadhan tiba, Ramadhan tiba’, terus jadi semangat nak puasa! At the same time lagu ni juga boleh dijadikan doa untuk kita terus sabar dan kuat sepanjang bulan mulia ni.

SEMALAM SAHUR DI MANA – ANDI BERNADEE


‘Semalam sahur di mana? Sahur dengan siapa? Sahur sendiri atau sahur dengan papa?’ Siapa pernah dengar lagu ni? Or korang langsung tak dapat tangkap lagu apa yang Ainaa maksudkan? Okay before that kalau belum dengar, sila dengar lagu ni sekarang sebab best gila, sis! (And cutenya Andi dalam muzik video lagu ni hihi) Lagu ni dah produce since last year lagi cuma baru tahun ni orang ramai ‘sedar’ tentang kewujudan lagu Semalam Sahur Di Mana ni. Sekali dengar mesti rasa semangat nak bangun sahur kan sebab teringat Andi Bernadee. Eh? Hihi..

LAILATUL QADAR – RAIHAN


Bulan Ramadhan ni memang sinonim sangat dengan malam Lailatul Qadar yang mana waktu malam tu lebih barakah dan baik daripada seribu bulan. That time semua umat Islam seluruh dunia berebut-rebut berdoa supaya mereka ditemukan dengan malam Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Maybe korang kurang familiar sebab lagu ni dah lama sangat diterbitkan which is sekitar tahun 2008. Boleh dikatakan lagu ni lebih kepada keinsafan sebab mengajar kita untuk mengejar malam Lailatul Qadar tu sendiri. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan malam penuh keberkatan itu. #DoneDakwah

RAMADAN- MAHER ZAIN


Selain buat lagu tema perkahwinan dan ketuhanan, Maher Zain pun ada buat lagu bertemakan bulan Ramadhan tau. Lirik lagu dia betul-betul bermakna sebab ia mengajar kita tentang pengertian sebenar bulan Ramadhan. Dalam lirik lagu ni pun ada memohon supaya bulan Ramadhan ni akan berkekalan sebab waktu ni segala amal kebaikan dan ibadah kita akan jadi berlipat kali ganda. Korang boleh la dengar lagu ni waktu tengah lapar supaya ada rasa keinsafan diri sikit sebab asyik minta habis puasa awal je. #DoneDakwahLagi

Actually kebanyakan lagu bertemakan bulan Ramadhan ni ada terselit dakwah disebalik lirik tu sendiri. Sekali sekala rasa insaf juga bila dengar lagu bulan puasa ni. Kalau korang nak dengar lagu-lagu sempena Ramadan yang mulia ni, korang boleh jugak stream kat Playlist Hot X. Baru la onzz Ramadan korang!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Ada Daging Terselit Di Celah Gigi, Apa Korang Buat?

Trend Sepit Rambut Tudung Tiru Watak Yaya Boboiboy?