in ,

Lagu K-Pop Yang Sebenarnya Ditulis Oleh Selebriti Barat

Sumber gambar: gigmusicdscvr.com

Lagu K-Pop selalu menjadi perhatian ramai pendengar, bukan hanya disebabkan muziknya yang sangat catchy tetapi lirik, tarian dan banyak lagi hal yang juga menjadi faktor kenapa K-Pop selalu menjadi tarikan. Tidak dinafikan, penulis, komposer, dan produser muzik di Korea memang ramai yang berbakat termasuklah dari kalangan penyanyi itu sendiri. Tetapi ada juga beberapa lagu popular K-Pop yang sebenarnya ditulis oleh penyanyi dari barat juga tau! Nak tahu siapa? Jom kita tengok! 

BAZZI

Tak tahu kenapa, tapi Bazzi ini dah macam penulis lirik yang disayangi SM Entertainment pula sebab untuk pengetahuan korang, Bazzi adalah co-writter kepada lagu popular kumpulan NCT Dream, NCT 127, EXO dan juga Taeyeon tau! Antara lagu yang ditulis bersama Bazzi adalah lagu We Go Up, Cherry Boom, Oh La La, The Eve, Oasis, Love Shot, dan juga Fine. Woah! Patutlah semuanya best! 

BEBE REXHA

Sumber gambar: SBS

Bebe Rexha memang siapa yang kenal dan minat dia mesti korang tahu yang dia ini bukan sahaja memiliki suara vokal yang sangat best tapi siap pandai tulis lagu sendiri sejak dia muda lagi. Bukan setakat itu sahaja, malah pada awal dia debut dalam industri muzik pun, dia selalu berkolaborasi dengan ramai penyanyi yang hebat. Jadi, mesti korang tak sangka yang lagu “Lucifer” yang pernah popular dinyanyikan oleh kumpulan SHINee ini sebenarnya demo lagu itu telah ditulis oleh Bebe Rexha pada usianya 17 tahun. 

CHARLI XCX

Sumber gambar: the line of best fit

Muzik yang sangat ceria, funky dan sentiasa boom ini memang gaya Charli XCX! Dan ya, memang betul pun! Sebab Charli XCX siap jadi komposer untuk satu lagu TWICE yang satu ini iaitu “Girls Like Us” dan siap Jihyo sendiri tau yang tulis lagu ini sendiri! Woah! Memang kalau girls yang bergabung, memang meletup! Girls power gitu! 

SKRILLEX

Sumber gambar: pinterest

Muzik yang dihasilkan Skrillex memang selalu tak rilek! LOL! Setuju tak? Semua lagu yang dihasilkan Skrillex mesti akan jadi hit all the time dan tidak dinafikan muzik dia memang sesuai untuk korang yang suka lagu “Hate” oleh 4 Minute, “Coup D’etat” oleh G-Dragon dan “Knockout” oleh GD & TOP mesti tak sangka yang ini Skrillex yang buat? Korang memang Kpopers sejati!

THE CHAINSMOKER

Sumber gambar: youtube clevver news

Siapa sahaja yang tak kenal dengan The Chainsmoker, betul tak? Memang ramai sangat penyanyi yang nak berkolaborasi dalam menghasilkan lagu dengan mereka termasuklah BTS sendiri. Siapa sangka juga, pertemuan yang sekejap di waiting room semasa Billboard Awards itu telah membuatkan The Chainsmoker menghasilkan salah satu lagu terbaik BTS iaitu “Best Of Me” yang memang khas untuk para ARMY. 

Kebanyakan dari lagu ini jelas adalah lagu yang ditulis bersama atau demo yang telah dibeli oleh agensi hiburan itu sendiri dan dijadikan hak milik agensi penyanyi. Sebenarnya, ada beberapa lagi lagu yang ditulis oleh bakat dari barat dalam lagu K-Pop dan mesti korang tak sangka pun yang lagu itu ditulis oleh penyanyi barat seperti SAARA, Kesha, Britney Spears, Big Time Rush dan ramai lagi.

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Korea Yang Harus Korang Cuba!

Pawagam Dah Buka, Ini SOP Korang Perlu Tahu