in ,

Lagu K-Pop Yang Korang Boleh Layan Semasa Hujan

Sumber gambar: www.koreaboo.com

Tidak dinafikan, lagu K-Pop memang banyak yang best dan buatkan pendengar rambang telinga nak dengar lagu yang mana satu dahulu. Ini sebab K-Pop idol bukan sahaja fokus untuk hiburkan peminat muzik mereka dengan lagu Pop sahaja, lagu bergenre rap, r&b, dan lain-lain pun mereka boleh buat tau! Dan untuk korang yang suka layan lagu K-Pop sambil layan waktu hujan yang relax di petang hari. Mungkin lagu ini sesuai untuk diletakkan dalam salah satu “Raining Playlist” korang? Hehe! 

IU – ENDING SCENE

Suara IU memang memukau para pendengar dan IU juga bukan setakat mampu menjiwai watak ketika dia berlakon. Malah dalam lagu pun, cara penyampaiannya pun memang selalu kena dengan setiap bait lirik yang dinyanyikan. Jadi lagu Ending Scene ini memang layan sangat kalau korang dengar waktu tengah hujan.

GOLDEN – HATE EVERYTHING

Sesetengah dari kita, mungkin ada yang suka mengimbau kembali kenangan lama yang sendu dan meninggalkan luka pada diri. Jadi sama dengan Golden, lagu Hate Everything di masa lampau sambil korang kena ingatkan diri yang korang kena kuat itu memang is a mood sangat tau! 

SUGA BTS – SEESAW 

Salah satu lagu Suga BTS yang slow mode Seesaw memang menceritakan tentang seseorang yang dah penat berada dalam satu hubungan dan perlu lepaskan kekasihnya. Ini sebab hubungan di antara mereka sebagai kekasih itu dah membosankan seperti permainan “Seesaw”. Layan pula waktu hujan tengah merintik, memang bertambah sendu tau jiwa korang. 

TAEYANG – WAKE ME UP

Korang pernah tak fikir, alangkah indahnya jika dapat bersama dengan orang yang kita sayang selamanya akan tetapi sayangnya perkara itu terjadi hanya dalam mimpi dan kalau boleh kita nak kita stuck dalam mimpi itu dan jangan pernah ada sesiapa pun kejutkan kita. Lagu Wake Me Up oleh Taeyang ini memang akan buatkan jiwa korang sedih sendiri waktu hujan lebat.

TAEYEON – FINE 

Bohong sangat, jika korang tidak pernah menipu diri sendiri dan orang lain dengan selalu cakap yang diri korang baik-baik sahaja. Sama macam lagu Fine dari Taeyeon ini. Bukan setakat vokal Taeyeon yang mampu buatkan korang deep into the ocean tapi perasaan korang pun sama tau! 

Jadi sesuai sangat kalau korang cuba masukkan lagu K-Pop ini dalam playlist korang. Cubalah dengar sekali sekala, mesti tercyduk habis. Lebih lagi dengan sekarang ini musim bila tiba sahaja waktu petang, mesti hujan. Nak dengar lagu-lagu yang kami kongsi ini sambil tidur pun boleh juga. Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa Sebenarnya Kita Mungkin Seorang Pembuli Siber

Ini Barang PENTING Seorang Perempuan Perlu Ada