in ,

Lagu K-Pop Paling On Dijadikan Alarm Sahur Korang

Sumber gambar: www.vlive.tv/runbts

Nak bangun sahur ini memang akan buatkan ramai sangat orang liat tau! Kadang-kadang alarm dah bunyi banyak kali pun memang tak jalan badan ini nak bangun kan? Ada tak antara korang yang seperti ini juga? Haha! Dah kunci alarm dekat 10 waktu pun masih tak boleh bangun kan? Lebih lagi kebanyakan alarm ringtone itu hmm… bukan main sendunya sampai mood nak tidur semula itu memang tinggi. Jadi, selepas ini why not korang cuba set lagu K-Pop sebagai alarm untuk sahur korang? Mungkin juga korang boleh set sekali untuk masa akan datang sebab sekolah kan dah nak dibuka semula? Hehe!

FIRE – BTS

Lagu BTS Fire memang sealu buatkan pendengar lagu ini terkejut walaupun bukan semasa waktu korang tidur. Malah, kalau korang tengah sedap dengar lagu lain dan tiba-tiba lagu seterusnya lagu BTS Fire, mata korang akan automatik celik dan segar. Bukan sebab liriknya yang memang dah jerit FIRE!!! Tetapi instrumen muzik lagu ini pun memang sangat kuat dan mampu buatkan korang bangun dari tidur yang lena.

ZIMZALABIM – RED VELVET

Zimzalabim oleh Red Velvet ini memang sebuah lagu yang sangat funky dan buatkan korang happy bila korang dengar waktu nak belajar atau buat tugasan. Akan tetapi, percaya atau tidak lagu Zimzalabim ini akan jadi musuh korang waktu nak bangun tidur sebab instrumen dan beat muziknya yang agak serabut dan bercampur itu aka buatkan kepala korang yang nak bangun tidur dengan tenang itu jadi serabut sangat, lebih lagi part chorus lagu ini!

SHOOT OUT – MONSTA X

Tak perlu tunggu part sesiapa nyanyi pun dalam lagu ini. Hanya dengan starting lagu ini sahaja, mata korang akan terbeliak. Jika dengar lagu ini sambil tonton muzik video memang korang rasa semua member hot sangat! Tapi jangan sampai korang baling phone korang pula jika dah set lagu Shoot Out ini sebagai alarm! Huhu!

BANG BANG BANG – BIG BANG

Lagu legend, mesti lah kalau korang set alarm ini pun korang legend! Lagu Bang Bang Bang oleh Big Bang yang satu ini sesuai sangat untuk korang yang payah nak bangun tidur sebab dari awal lagu ini mula sampai akhir lagu ini memang bising sangat dan bukan setakat korang akan terjaga. Mungkin bilik sebelah korang pun akan terjaga sekali sebab lagu Big Bang ni! 

WOLF – EXO

Untuk korang yang penakut dengan bunyi seram. Lagu EXO Wolf 100% sesuai dengan korang. Dengan bunyi serigala dan instrumen muzik pada awal lagu ini boleh buatkan otak korang terfikir “eh kenapa ada bunyi macam ini pula!” padahal korang bukannya tinggal tengah hutan pun kan! Hehe.

Tak dinafikan, dalam semua list lagu ini memang ada yang beat dan background-nya sangat annoying sampai boleh buatkan kita pening kepala nak dengar banyak kali. Belum lagi part lagu yang tiba-tiba menjerit yang boleh buat kita tersentak dari tidur itu kan? Hehe! Jadi selepas ini korang yang memang sejenis tidur tak ingat dunia itu boleh lah cuba set kan lagu K-Pop ini sebagai alarm, tak kisah lah sama ada korang ini minat K-Pop atau tidak, korang boleh saja try okay! 

What do you think?

56 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Mudah Dalam Rumah Rupanya Salah Satu Senaman #ZoExercise

Ahn Ji Young Bolbbalgan4 Dan Baekhyun EXO Bakal Berduet!