in ,

Lagu K-Pop Bulan July Kpopers Harus Layan!

Sumber gambar: youtube.com/SMTOWN

Kumpulan K-Pop ada banyak sehinggakan kita yang nak cuba layan lagu K-Pop ini pun kadang- kadang boleh keliru untuk mula stan kumpulan mana satu dulu. Ramai yang akhirnya end up jadi multistan sebab semua lagu K-Pop banyak yang best. Untuk bulan July ini, ada ramai juga beberapa comeback dari K-Pop idol dan jom kita tengok lagu apa yang menjadi pilihan peminat pada bulan ini!

STRAY KIDS – GOD’S MENU

Kembali dengan konsep yang lebih cool, Stray Kids memang tidak pernah mengecewakan STAYS dengan lagu God’s Menu. Lagu ini juga telah mendapat perhatian ramai penonton yang bukan sahaja peminat K-Pop, malah non K-Pop fans pun suka dengan lagu ini. Korang dah check out ke belum lagu ini? Bukan setakat lagu ini juga tau Stray Kids bawa konsep yang cool, lagu Easy yang baru sahaja keluar muzik videonya pun mendapat perhatian dengan konsep school bad boys. 

IRENE & SEULGI – MONSTER

Sub-unit pertama daripada girl group Red Velvet, Irene dan Seulgi telah mendapat lebih dari 32 juta tontonan tau! Woah! Memang girl’s power betul. Lagu Monster ini membawakan konsep yang lebih feminim dan juga seksi sangat sesuai dengan mereka berdua yang memang sangat berbakat sebagai vocalist dan dancer yang the best daripada anggota Red Velvet. 

BLACKPINK – HOW YOU LIKE THAT

Masih hangat dalam carta lagu dan hati peminat, lagu How You Like That daripada Blackpink memang best! Walaupun ada pelbagai isu dan ketidakpuasan hati dari ramai pihak mengenai comeback Blackpink sehingga kini. Lagu ini masih mendapat tempat ke 10 dalam trending tau! Ha! Jangan main-main dengan penangan BLINKS okay! 

EXO SC FEAT 10 CM – TELEPHONE

Merupakan salah satu lagu daripada album 1 Billion Views EXO SC yang dianggotai oleh Sehun dan Chanyeol. Sub-unit EXO ini juga telah mendapat perhatian ramai penonton dengan konsep lagu yang lebih santai dan fresh. Dah tonton ke belum semua muzik video daripada album ini? Kalau belum, baik korang check out sekarang! Huhu! 

SEVENTEEN – LEFT & RIGHT

Memang tipu sangat kalau ramai peminat K-Pop yang tidak tahu lagu Left & Right oleh SEVENTEEN ini sebab lagu ini memang trend habis di mana sahaja siap ada yang buat TikTok challenge tau! Korang dah join ke Left & Right TikTok challenge ini? Kalau belum, sempat saja nak buat lagi. Hehe! 

Jadi ada tak idola korang dalam list lagu K-Pop bulan ini? Kalau tak ada, cuba kongsi dengan kami, mana tahu kami terlepas pandang ke. Selain dari kumpulan ini, cuba kongsi dengan kami juga, korang suka group K-Pop yang mana lagi? Iya lah, selalunya ramai yang suka layan yang mainstream saja, mungkin ada yang kami belum explore lagi, korang bolehlah beritahu kami, so that nanti bolehlah kami layan sekali dengan korang!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai YouTuber Famous Malaysia Buat Duit Melalui Video

Berbulan Tinggalkan Asrama, Cuba Cara Ini Untuk Bersihkan Dorm