in ,

Lagu Girl Group Throwback Korang Boleh Cuba Layan

Sumber gambar: refinery29/thestaronline

Selamat hari wanita semua! Eh? Masih sempat saja lagi kan nak ucap selamat hari wanita sebab ia memang special untuk bulan Mac ini kan? Jadi perempuan ini memang sangat istimewa sebab macam-macam kita boleh buat kan? Dan kadang-kadang melalui lagu sahaja pun boleh meningkatkan semangat girls power kan? Jadi dah alang-alang itu, jom lah kita dengar lagu girl group throwback yang best dan boleh tambah semangat kita.

DE FAM-SUPERGIRLS

“Aku bukan yang dulu, yang terlalu mencuba, kata apa kau mahu, kita semua berbeza…”, ya memang setuju sangat dengan lagu De Fam ini sebab kita semua memang ada banyak perbezaan dan kita semua perempuan memang kebanyakan pandai berdikari dalam hidup, setuju tak? 

RATU-TEMAN TAPI MESRA

Lagu ini adalah lagu yang rasanya memang ramai antara kita tahu sebab lagu ini memang legend habis. Waktu sekolah memang ramai yang suka nyanyi ramai-ramai kan? Lagu Ratu Teman Tapi Mesra ini rasanya memang ramai yang selalu buat pilihan waktu karaoke.

SECRET-MADONNA

Macam lagu Madonna oleh SECRET ini adalah lagu Korea yang memang legend tau! Sebab, selain Girls Generations, kumpulan SECRET pun memang banyak lagu yang memang top macam lagu ini sendiri, dia nak sampaikan yang wanita perlu sentiasa confident, baru lah orang pandang gitu…

SPICE GIRLS-WANNABE

Walaupun lagu ini, lagu zaman mak-mak kita tetapi lagu ini lebih kepada kita perlu speak for ourselves gitu… hmm, tak nak cakap banyak tapi korang layan sahaja lah lagu ini.  Mesti ia akan mengimbau semula semua kenangan.

Okay, mana satu lagu favourite korang antara empat lagu ini? Kalau Zoe, of course lah semua sebab semua ini lagu yang memang best dan paling function untuk beri semangat Zoe lebih berkobar-kobar. Ke korang ada lagu girl group lain yang best yang sentiasa beri inspirasi untuk korang? Cuba komen sikit, nanti Zoe nak dengar dengan #Lunasquad juga. Hehe!  

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Indoor Cuti Sekolah Di Musim Wabak Covid-19

Senarai Kedai Barangan Murah Korang Kena Serbu!