in ,

Lagu Girl Group K-Pop Wajib Stream Bulan Ini!

Sumber gambar: dbkpop.com

Industri muzik K-pop semakin popular di seluruh dunia dan kalau kita tengok semakin bertambah juga bilangan peminat K-Pop dari masa ke semasa. Kolaborasi antara pemuzik dari K-Pop sendiri dengan pemuzik yang popular di peringkat antarabangsa juga semakin banyak pula kita tengok kan? Belum lagi nak masuk pengaruh yang dibawa oleh muzik K-Pop itu sendiri kan? Jadi, untuk meriahkan lagi bulan Mei korang, kami nak kongsi beberapa lagu girl group K-Pop yang paling on bulan ini! Iya lah asyik cakap tentang “oppa” 24/7 pun tak best juga kan? Hehe jom kali ini kita tengok girls power dalam K-Pop pula! 

ITZY – WANNABE

Girl group yang satu ini memang tengah hit sangat tau dalam dunia K-Pop sekarang. Bukan sebab visual setiap anggota Itzy ini sahaja, malah lagu Wannabe yang famous dengan tarian bahu ini memang mendapat perhatian di media sosial, lebih lagi di Tiktok. Eh jaga-jaga! Kalau korang nak menari shoulder dance ini, make sure jangan sampai terseliuh pula eh bahu tu! Hehe!

(G)I-DLE – OH MY GOD

Lagu Oh My God ini kalau korang dengar memang best sangat! Sebab ia tentang girls power! Kalau cakap tentang vokal dalam lagu ini tak dinafikan, memang turn on sangat tau! Semua anggota (G)I-dle ini juga memang cantik dan berkarisma sungguh dalam video ini! 

APINK – DUMHDURUM

Ramai peminat K-Pop selalu cakap K-Pop ini ada 7 years curse yang mana sebuah group K-Pop ini hanya mampu bertahan selama 7 tahun sahaja. Akan tetapi pink ini antara salah satu girl group yang masih lagi relevan dalam dunia muzik K-Pop. Buktinya, lagu baru mereka Dumhdurum siap dapat lebih 15 juta tontonan di Youtube tau! Ish! Pandai-pandai korang saja kan percaya benda karut itu? Haha!

GWSN – BAZOOKA!

Walaupun baru sahaja debut pada tahun 2018 lalu. GWSN atau Girls In The Park ini semakin mendapat perhatian. Kalau korang dengar lagu ini, lagunya sebenarnya berkonsepkan lebih fun kalau nak dibandingkan dengan tajuknya Bazooka. Apa-apa pun, cuba korang dengar lagu ini dulu okay!

BOL4 FEAT. BAEKHYUN-  LEO

Akhirnya kumpulan BOL4 comeback dengan lagu barunya Leo. Apa yang menarik adalah kali ini dia siap kolaborasi dengan Baekhyun EXO tau! Dengar lagu ini memang sweet saja melodi dan liriknya tau! Hmm, boleh teringat dekat pula tau kalau dengar lagu ini. Hehe…

Ha! Korang tunggu apa lagi? Cuba lah dengar lagu girl group ini pula. Sambil itu korang boleh belajar menari sekali, mana tahu nanti bila waktu raya termakan banyak. Kita bakar semula kalori itu dengan tarian girl group pula kan? Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Jenis Cikgu Semasa Online Class, Cikgu Korang Macam Ini Tak?

Ini Punca Masalah Jerawat Bahagian Dagu