in ,

Lagu Covid-19 Yang Best Dan Korang Boleh Layan!

Sumber gambar: tvaraj.com

Zaman sekarang, memang ramai sangat orang yang berbakat dalam menulis dan main muzik. Ha! Jadi sudah pasti bila wabak Covid-19 melanda Malaysia, ramai yang menunjukkan kreativiti masing-masing. Tak terlepas juga dengan beberapa selebriti yang memang hebat dalam muzik, mereka siap buat lagu tentang Covid-19 tau! Nak tahu lagu apa saja? Cuba korang dengar dulu… Semuanya memang best belaka!

COVID 19 – II & ND

Korang dah dengar ke belum lagu Covid 19 ini? Ala, untuk yang tak tahu siapa II dan ND ini, mereka adalah Ismail Izzani dan Naim Daniel! Siapa lagi? Lagu mereka berdua ini tak pernah yang tak best. Dua-dua memang berbakat tulis lagu dan nyanyi lagu. Eh bukan setakat itu sahaja. Berlakon pun pandai tau! 

GARDENIA – TAKAHARA SUIKO

 

View this post on Instagram

 

Gardenia habis, beli la Mighty White donlot and sapot : viona.bandcamp.com

A post shared by @ takaharasuiko on

Antara penyanyi yang paling sempoi dalam industri. Walaupun lagu Gardenia ini tidak dilancarkan secara official oleh kumpulannya, Takahara Suiko memang selalu buat lagu dan nyanyi secara harmoni di Instagram dia. So far, bukan setakat lagu Gardenia yang Takahara Suiko buat untuk kuarantin, malah lagu T20 (Cemar Duli), WFH, Doraemon dan Heist pun dia buat tau! Macam petik bunga saja dia tulis dan buat lagu tau! Agak-agak dia sudi buat lagu untuk LUNARIA tak?

QUARANTINE & CHILL- RAMENGVRL & SIHK

Kalau korang minat lagu yang rancak dan minat rapm korang perlu dengar lagu Quarantine and Chill oleh Ramengvrl & Sihk! Walaupun mereka penyanyi asal Indonesia, karya mereka pun memang hebat macam antarabangsa tau! Level Rich Brian gitu… Lagu ini memang khas untuk korang yang degil tak nak duduk diam di rumah tapi best sebab mudah hafal.

IT’S CORONA TIME – RED KNIGHT 

Memang tipu kalau tak ada yang pernah dengar lagu ini sebab dari awal-awal covid 19 ini ada, lagu oleh Red Knight ini dah famous di Tiktok tau! Mesti ada antara korang juga yang dah menari Tiktok dengan lagu It’s Corona Time ini betul tak? Baik mengaku! Kalau ada yang belum, jom kita duet di TikTok? 

Ha! Dah dengar ke belum semua lagu mengenai Covid-19? Banyak yang memang kena dengan life kita yang tengah “pishang” duduk rumah. Paling selalu korang dengar mesti It’s Corona Time. Sebab ramai yang buat TikTok guna lagu tersebut Sebenarnya ada lagi tau penyanyi yang buat lagu tentang wabak ini, korang cari saja di YouTube mesti jumpa tapi semua yang Zoe share dengan korang ini paling the best! Selamat mendengar!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Bulan April Harus Tonton!

Lagu Baru Hangat Artis Malaysia #SupportLocal