in ,

Lagu Baru Hangat Artis Malaysia #SupportLocal

Sumber gambar: Instagram Wany Hasrita/ Instagram Ismail Izzani

Musim-musim RMO ni kalau dapat dengar lagu best pun layan juga. Asyik dengar lagu sedih je sebab tak dapat jumpa crush, kena cari playlist lagu baru nampaknya.

Dekat tiga minggu kita duduk rumah sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini dilaksanakan semenjak 18 Mac lepas. Di social media sekarang pun nampaknya dah ramai orang share video mereka cover lagu sambil mempertaruhkan suara masing-masing. Tapi semuanya lagu lama yang pernah kita dengar.

FYI, sebenarnya ada ramai artis yang release lagu baru mereka. Walaupun tak dapat nak promosikan lagu melalui interview di TV, radio atau buat tour nyanyian tapi mereka masih lagi boleh lakukan promosi secara online. Cara yang mereka buat ialah nyanyi LIVE di Instagram so that dengan cara itu fans masih lagi mengetahui yang mereka mempunyai lagu baru. Jom check it out lagu baru artis Malaysia.

MASDO – KASIH

Selama ini kita asyik dengar lagu Masdo ala-ala lagu zaman dulu. Bukan itu je, setiap kali dengar lagu Masdo mesti rasa nak twist kaki dan goyang kepala, LOL! Tapi kali ini Masdo buat kelainan yang mana lagu baru mereka berjudul Kasih Sayang betul-betul lain daripada rentak lagu yang biasa dibawakan oleh kumpulan ini. Bagi lagu baru mereka ini, ia mempunyai dua pengakhiran yang berbeza. Kalau korang tengok di YouTube, ada dua MV berjudul Kasih dan satu lagi ialah Sayang. Lagunya masih sama cuma jalan cerita kedua-dua MV ini sahaja yang berbeza. Korang kena check out dulu untuk tahu apa agaknya kelainan di sebalik MV lagu Kasih Sayang. Tapi apa yang Ainaa boleh katakan ialah lagu ini agak menyentuh perasaan. MV pun boleh tahan main peranan yang mana ia menunjukkan sikap masyarakat kita sendiri. MV pun baru je release minggu lepas. Korang mesti suka kelainan yang dibawa oleh Masdo.

WANY HASRITA – CANGGUNG

Sudahlah lemah lembut orangnya, sopan pula. Tiba-tiba release lagu berunsur tradisional pula. Before this ramai yang katakan bahawa Wany Hasrita ada iras iras penyanyi Siti Nordiana disebabkan gaya lagu dan personaliti mereka yang seakan-akan sama. Tapi sebenarnya masing-masing mempunyai keunikan sendiri. Kali ini Wany muncul dengan single baharunya berjudul Canggung. Before this Wany pernah juga ada lagu tradisional yang berjudul Ewah Ewah. Tapi kali ini lain sikit sebab rentak lagu Canggung  agak unik didengar. Ada gaya macam permaisuri tau Wany dalam MV lagunya. Siap gaya macam permaisuri dekat negara Arab. Lagu ini sekarang dah trending no.4 di YouTube Malaysia. Eheemm, lagu ini nampaknya dah mencecah 1 juta kali tontonan ya!

ISMAIL IZZANI – NYAWA

Ramai yang cakap lagu baru Ismail Izzani yang berjudul Nyawa ini ditujukan buat kekasih hatinya, tapi tak tahu betul atau tidak. Kalau betul, memang bertuah si pemilik hati Mael, siap dapat lagu. MV lagu ini sekarang berada di tangga 31 YouTube Malaysia yang mana telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 360k! Woww, hebat Mael. Tapi ada juga yang menyifatkan konsep MV lagu Nyawa ini seakan-akan lagu Sumpah yang dinyanyikan oleh Naim Daniel. MV untuk lagu ini agak lain daripada yang pernah Mael lakukan which is hanya menggunakan konsep kartun sahaja, so sebab itu orang cakap sama macam lagu Sumpah. Tapi tak boleh nak cakap apa banyak sebab Naim dan Mael berada di bawah syarikat rakaman yang sama which is World Peace Entertainment. Kita just enjoy lagu yang disampaikan oleh Mael ini ya, soal MV kita tolak ke tepi dulu sebab lagu ini boleh tahan best juga!

INSOMNIAC – KEPALA BATU

Tiba-tiba sahaja nama kumpulan Insomniac melonjak naik sejak lagu Pulang menjadi kegemaran ramai lagi-lagi para gadis yang sedang patah hati. Daripada lagu sedih tangkap jiwa, Insomniac muncul dengan single baharu yang lebih rancak berjudul Kepala Batu. Konsep lagu ini ialah tentang orang yang tak ambil peduli tentang kata-kata orang lain terhadap dirinya which is buat hal sendiri dan tak ambil tahu urusan orang lain. Memang berbeza sangat dengan konsep lagu Pulang. Ada banyak mesej yang disampaikan melalui lagu Kepala Batu. For those yang tak dengar lagi lagu baru Insomniac, sila ke YouTube dan dengar okay! Kita tinggalkan sekejap lagu Pulang dan beralih ke lagu Kepala Batu.

Bijak juga mereka release lagu waktu tengah Covid-19, at least mesti ramai orang akan dengar sebab sekarang semua duduk rumah je. Boleh jadi sambil buat kerja dekat rumah, ada yang pasang lagu mereka. Jom kita check it out lagu mereka dan support local!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Covid-19 Yang Best Dan Korang Boleh Layan!

V BTS Cabar Netizen Gelek Di Rumah #DudukRumah