in ,

Lagu Artis Tempatan Yang Patut Korang Layan Bulan Ini!

Sumber gambar: youtube.com

Kebelakangan ini, kalau korang perasan. Memang ramai betul artis tempatan kita buat comeback. Bukan setakat itu sahaja, malah semua muzik video mereka pun memang cantik dan “boekbetul dia punya sinematografi. Ha, ada ke di antara korang yang suka layan muzik artis tempatan kita? Mesti ada, betul tak? Takkanlah asyik layan lagu dari barat, hindustan dan Korea saja… Jadi, kali ini kami nak kongsi dengan korang beberapa lagu baru artis tempatan kita yang patut korang layan bulan ini! 

INSOMNIACKS – REMINISENSI

Band Insomniacks ini memang tak pernah kecewakan peminat dan pendengar muzik mereka sebab semua lagu yang mereka buat selalunya best! Kembali dengan lagu Reminisensi, mesti ramai yang tertanya apa makna lagu sebenar ini, betul tak? Kalau kita dengar setiap bait lagu ini pun bercakap tentang kenangan dan bagaimana cara nak move on. Untuk korang yang nak baru break dengan pasangan, mungkin boleh dengar lagu ini sebab barulah feeling sedih itu “firm” bak kata orang. Hehe

SONAONE FEAT. KIDD SANTHE – KUEY TEOW 

Unik betul tajuk lagu Sonaone featuring Kidd Santhe kali ini! Akan tetapi, lagu ini bukannya bercakap tentang resepi Kuey Teow tapi mungkin korang boleh tafsirkan sendiri melalui kefahaman korang. Apa yang menarik dalam lagu Kuey Teow ini, korang boleh tengok yang gaya Sonaone dan Kidd Santhe memang “herloks” sangat orang cakap. Rap mereka juga kali ini lebih santai dan mesti korang semua boleh hypekan lagu ini dengan BFF korang!

K-CLIQUE – PULANG

Sempat trending top 5 di Youtube, lagu K-Clique yang bertajuk Pulang ini memang sangat best untuk korang dengar waktu tengah hujan sebab ia macam kena sangat mood lagu dan cuaca itu. Lagu yang sesuai dengan kehidupan sebagai seorang manusia yang mencari rezeki untuk keluarga dan menjalini kehidupan yang sederhana, rasanya semua daripada kita boleh relate dengan bait-bait lirik lagu Pulang ni kan? Mungkin lagu ini juga boleh menjadi sumber refleksi dan motivasi untuk korang, setuju tak?

AINA ABDUL – MAYBE / KELIP2

Vokal Aina Abdul memang best sangat untuk didengari, kali ini Aina Abdul kembali dengan lagu Maybe/ Kelip2 dan nak tanya sikit, korang dah tonton ke belum muzik video lagu ini? Mungkin agak keliru sikit sebab awalnya macam lagu sedih, eh tiba-tiba ada lagu yang kita nyanyi waktu kecil iaitu “twinkle twinkle little star….”, memang korang kena layan sebab Aina Abdul macam jadi obor-obor di awal muzik video, memang unik dan kreatif! 

NAIM DANIEL, ISMAIL IZZANI – SEDIH

Betul! Kami pun setuju dengan Naim Daniel dan Ismail Izzani kali ini sebab lagu Sedih mereka kali ini memang membawa mesej untuk korang tahu kalau korang sedih selalu itu memang tak bagus! Sebab itu mereka berdua cakap dalam lagu ini “jangan sedih, sedih, sedih… jangan nangis, nangis, nangis”, sebab Mael dan Naim akan pujuk korang dengan lagu ini.

Apa pendapat korang tentang semua lagu yang kami dah kongsi dengan korang kali ini? Memang semuanya best dan sangat hebat, betul tak? Selain lagi-lagu ini, lagu apa lagi yang korang tengah layan? Dengar cerita memang ramai betul artis tempatan yang buat comeback bulan ini kan? Mana tahu kami terlepas, korang bolehlah kongsi pada kami dengan komen di bawah! 🙂

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Badan Saja Kecil Tapi Ada Vokal Tinggi! Jom Usha Idol Ini!

Jangan Abaikan Mandian Air Sejuk, Ini Kebaikan Sebaliknya…