in ,

Lagu Anime Legend Korang Kena Tahu!

Sumber gambar: youtube.com/TopAnimeWeekly

Tak dinafikan, zaman kanak-kanak sampailah kita sekolah menengah, eh bukan setakat sampai umur itu sahaja.. Malah yang sudah dewasa pun, memang ramai antara kita yang suka tengok kartun anime, setuju tak? Anime ini bukan setakat cerita yang sweet romantic saja tapi genre sejarah, fiction dan lain-lain pun ada tau. Apa yang best, semua karakter anime ini memang unik dan menarik perhatian. Sebab itu, anime ini memang popular dengan costum-nya, makeup, suara dan lain-lain. So far, Zoe rasa selain dari semua hal itu, apa yang menarik tentang anime adalah lagu soundtrack-nya. Ada yang setuju tak? Dan jom kita tengok lagu soundtrack anime mana yang paling mengimbau kenangan kita!

NARUTO – SILHOUETTE

Lagu soundtrack siri Naruto memang tak pernah mengecewakan para penggemar cerita Naruto. Walaupun ada banyak musim dan siri. Semua lagu soundtrack untuk opening dan closing memang layan habis!

FINAL FANTASY – MIRAI E

Walaupun lagu ini Final Fantasy ini agak perlahan, Mirai E memang selalu menjadi nyanyian pelajar sekolah. Lagunya juga mudah dihafal dan senang korang nak faham. Jadi, untuk korang yang tak pernah layan Final Fantasy, korang bolehlah layan! 

ATTACK ON TITAN – YOUSEEBIGGIRL

Siri anime Attack On Titan memang semuanya best sangat! Jalan cerita yang memang best sebab sepanjang cerita tu memang tenang manusia raksasa yang besar dan lagu dia yang satu ini memang best sebab ala-ala orkestra! 

NINJA BOY – YUUKI 100%

Siri anime kartun yang kelakar dan selalu mengimbau kita dengan kawan-kawan, lagu Ninja Boy memang fun untuk korang nyanyi dengan kawan-kawan korang. Kalau boleh sampai nak menari dengan kawan korang tau! 

Ada tak lagu soundtrack anime dalam list ini yang memang favourite korang? Kalau macam Zoe, of course lagu-lagu Naruto yang paling Zoe suka sebab dia macam beri semangat pada Zoe dalam semua hal yang Zoe buat. Cuba komen dan share sikit apa lagu soundtrack anime yang korang suka? Nanti bolehlah Zoe dengar juga! Hehe

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Orang Tak Berani Ucap I Love You Pada Orang Tersayang

Konsert BTS Maps Of The Soul TOUR Seoul Cancel!