in ,

Lagu Akan Buat Perut Korang Ada ‘Butterfly’

Sumber gambar: youtube.com/Conan Gray

Kalau sebelum ini, kami pernah berkongsi dengan korang lagu sedih yang boleh buatkan korang tercyduk. Akan tetapi, lagu kali ini kami akan buat kan hati korang semua lebih bahagia sampai perut korang pun boleh ada butterfly! Lagu yang ada lirik yang membahagiakan ini juga boleh membantu meningkatkan mood kita supaya jadi lebih positif. Tak kisahlah waktu itu korang fikir tentang sesiapa pun, asalkan ia membantu kurangkan stress pun sudah memadai, setuju tak? 

ECLAT STORY – BENTUK CINTA

Ha! Pernah tak korang curious macam mana bentuk cinta? Kalau korang nak tahu, boleh lah layan lagu Bentuk Cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan ECLAT STORY ini. Confirm ada yang berbunga dan perasan sendiri selepas dengar lagu Bentuk Cinta ini. Lebih lagi, untuk korang yang insecure dengan diri sendiri pun mesti semakin confident dengan diri sendiri tau selepas dengar lirik lagu ini. Hehe!

HARITH ZAZMAN, MFMF, LOCA B – CUTE

1, 2, 3, 4 you… you memang sangat cute! So stop lah being so cute… You buat I hanyut…”. Mesti ramai diantara korang yang tengah baca ini dah dengar lagu Harith Zazman yang viral ini kan? Cuba imagine kalau korang pun buat benda sama dengan crush korang persis macam MV lagu ini juga? Uwu! Mesti seronok dan berbunga sangat hati kan! Haha!

NAJWA LATIF, AKWA ARIFIN – TAK KISAH PUN

Walaupun macam dah lama tak dengar tentang Najwa Latif, akan tetapi comeback lagu Najwa Latif dan Akwa Arifin ini memang buatkan ramai pendengar yang tercyduk tau! Bayangkan there’s someone who can accept korang ini macam mana pun dan dia cakap “Listen babe, I’m so proud to call you my own…”. Uish, mesti korang cair bak ais krim.

IQBAAL RAMADHAN – HELLO YOU

Korang pernah tak ada crush pada best friend sendiri tapi tak tahu macam mana nak nyatakannya? Lagu soundtrack filem Teman Tapi Menikah ini memang best sangat tau! Lebih lagi, filem ini berdasarkan kisah sebenar si lelaki yang jatuh hati pada BFF dia sendiri. Selama 13 tahun si lelaki itu diamkan saja perasaannya, akhirnya mereka menjadi pasangan suami isteri juga. Tak percaya? Cuba korang google tentang Ditto dan Ayudia. 

SHEILA ON 7 – FILEM FAVORIT

Mesti syok kan kalau perjalanan hidup kita ini boleh jadi realiti sama macam filem romantik dan sweet yang selalu ditayangkan di layar skrin. Lepas itu, ada orang itu memang tak akan pernah putus asa untuk dapatkan diri korang walaupun dia bukan pelakon utama dalam cerita hidup korang. Huaaa! Mesti seronok sebab ada yang sentiasa bersemangat nak kita. Huhu!

Nanti bila korang dah dengar lagu-lagu ini, jangan senyum seorang diri sampai orang pandang pelik dekat korang pula. Kalau boleh dengar lagu yang kami kongsi ini waktu nak tidur pun lagi best! Hehe! Cuba kongsi sikit, selain dari lagu ini. Lagu apa lagi yang boleh buatkan perut korang ada “butterfly”.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Tidur Lewat, Aneh Tapi Mungkin Benar?

Life Hacks Kalau Nak Maintain Barang Makeup Tersusun