in ,

Lagi Dua Minggu Raya, Parut Jerawat Tak Hilang Lagi?!

Sumber gambar: https://www.teenvogue.com/story/how-to-treat-a-breakout

Raya dah nak dekat tapi muka still ada parut jerawat bulan lepas! OMG kena hapuskan before raya ni, kalau tak habis la makeup tak on point!

Ya, parut jerawat ni memang musuh utama kita semua girls! Lagi lama korang biarkan, lagi liat la ‘anasir’ tu semua nak hilang. Kenapa nak beli produk mahal kalau boleh makan makanan sihat yang ada dekat dalam peti ais?

BROKOLI

Sumber gambar: https://www.simplyrecipes.com/recipes/steamed_broccoli/

Bukan setakat sedap je brokoli ni tapi bahan vitamin, mineral dan anti radang dekat dalam brokoli ni berkesan untuk kurangkan parut dekat muka kita. Brokoli juga berfungsi untuk kurangkan pigmentasi pada kulit kita ya girls. Parut dekat muka akan slowly jadi pudar dan berkurangan kalau selalu amalkan makan brokoli ni.

BETIK

Sumber gambar: https://www.top10homeremedies.com/diy-homemade/diy-homemade-papaya-face-mask-beautiful-skin.html

Sometimes Ainaa kalau makan banyak sangat buah betik ni boleh buat ulang alik toilet je. Tapi for those yang jenis macam Ainaa ni, boleh la jadikan betik as masker. Vitamin A dalam buah betik ni berkesan untuk basmi sel kulit mati dan buang semua protein yang tak aktif pada kulit muka. Bukan setakat boleh kurangkan parut je tapi berkesan untuk tegangkan kulit juga.

LEMON

Sumber gambar: https://draxe.com/benefits-of-lemon-water/

This time korang just kena minum aie detox lemon je. Ia berfungsi untuk melawaskan penghadaman dan singkirkan toksik dalam badan. Kandungan asidik dalam lemon ni akan kurangkan minyak, bakteria dan kecutkan jerawat. Part ni korang kena lumurkan sekejap lemon dekat bahagian jerawat then bilas dengan air suam. Tapi kalau rasa pedih tu, tak payah buat dah sebab maybe kulit muka korang sensitif.

BAYAM

Sumber gambar: https://www.maangchi.com/recipe/sigumchi-namul

Haa, jangan bagi alasan tak makan sayur ya. Nak cantik mesti la kena berkorban sikit kawan-kawanku… Sayur bayam ni ada zink yang tinggi dan mampu untuk pulihkan kulit at the same time kurangkan parut dekat muka kita. Bukan setakat tu je dia mampu buat, tapi juga hasilkan sel kulit kolagen. Siap boleh pulihkan masalah mata dan kuatkan otot lagi, macam Popeye The Sailor Moon lagi!

Tunggu apa lagi tu girls? Takkan nak duduk diam je? Raya tinggal lagi dua minggu je tau. Jangan biarkan muka kita terus berparut sampai Raya Haji pula ya.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Loot Paling Best Apex Legends!

Biar Orang Lain Fake, Jangan Gigi Kita Fake!