in ,

Kunyit Selamatkan ‘Mata Panda’

Sumber gambar: https://www.klikdokter.com/rubrik/read/2852328/mata-panda-jangan-jangan-kurang-darah

Alamak bencinya ada mata panda ni! Bila la agaknya nak hilang mata panda? Nampak macam tak bermaya je muka bila macam ni.

Tabah girls, jangan sedih sebab Ainaa faham perasaan korang. Sebab Ainaa pun lalui benda yang sama macam ni. Punca utama ialah sebab kita selalu tidur lambat dan tak cukup tidur. Bukan tu je, salah makan pun boleh jadi punca utama juga tau girls.

Image result for mata panda
Sumber gambar:

Banyak je cara nak buat untuk hilangkan mata panda ni, tapi depends pada effort korang sendiri macam mana nak hilangkan. Sama ada beli produk dekat kedai atau buat bahan ‘rawatan’ sendiri.

But no worries girls, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Kalau korang taknak beli produk dekat drugstore, boleh je buat bahan tu sendiri. Guna je bahan-bahan yang ada dekat dapur tu, minta sikit dekat mak.

Bahan yang korang perlukan ialah kunyit! Kunyit ni banyak fungsinya, which is mengandungi antioksidan dan anti-penuaan. Kira 2in1 boleh jadi awet muda lah. Bukan tu je, dalam kunyit pun ada kalsium, vitamin dan mineral tapi langsung tak bagi aoa-apa kesan sampingan.

Image result for kunyit hidup
Sumber gambar: https://www.xtra.com.my/ms/category/foodies/posts/khasiat-kunyit-kepada-kesihatan-bukan-untuk-masakan-sahaja

Caranya mudah, sediakan kunyit, tepung, jus lemon dan jus tomato. Ambil kunyit hidup sikit dan tumbuk sampai halus then campurkan satu sudu teh jus lemon. Dah sebati, tambah sikit tepung dan satu sudu teh jus tomato!

Sapu dekat area bawah mata dan biarkan dalam masa 10minit dan bilas sampai bersih guna air suam. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang effektif! Lama-lama nanti mata panda tu akan terus hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa. Goodluck girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Surprise Paling Onz Untuk Kawan!

Barang Menarik Hias Bilik Tidur!