in ,

Kuman Berkumpul Di Celahan Anggota Badan

Sumber gambar: http://www.thebluediamondgallery.com/handwriting/b/bacteria.html

Mandi adalah salah satu rutin harian yang kita buat demi menjaga kebersihan. Kalau tak mandi, selesa ke #Lunagirls? Bau pun jangan cakap la, lari semua orang, hihi. Tapi bila mandi mesti ada je bahagian yang korang lupa bersihkan, macam bahagian…

PUSAT

Sumber Gambar: http://infokasi.blogspot.com

Erm! Korang mesti selalu lupa nak bersihkan pusat kan? Kadang-kadang sampai berkeladak dan berbau dalam tu baru nak bersihkan. Pusat ialah salah satu anggota badan yang kena selalu dicuci sebab ia boleh jadi sarang tempat pembiakkan bakteria tau? Kalau lama sangat tak cuci, silap hari bulan boleh berkulat pusat tu. Ewwww mesti korang tak nak, kan?

JARI KAKI

via GIPHY

Korang pernah tak sental celah jari kaki masa mandi? Kalau ada pun mesti time mandi wajib je kan? Hm! After this korang kena buat selalu girls, sebab tanpa kita sedar celah jari kaki lah yang paling banyak menyumbang kepada pembiakan bakteria. Bayangkan kadang-kadang kita pakai stokin 24 jam, pakai selipar ke sana ke sini dengan debu semua dan kita lupa nak basuh. #eww

TELINGA

via GIPHY

Telinga korang belum tentu bersih, walaupun kena air setiap kali korang mandi. Sebab tu korang kena juga sental belakang, dalam telinga dan juga cuping telinga setiap hari, supaya tak berkerak. Lagi-lagi yang suka pakai earring tu, kalau boleh setiap kali mandi buka lah earring dulu. Kalau korang jarang buka or tak buka pernah buka langsung, nanti ia akan berdaki dan berbau busuk.

PUNGGUNG

via GIPHY

Bahagian punggung ni wajib kita bersihkan sebab bahagian ni paling banyak berpeluh. Kalau tak dibersihkan betul-betul, kemungkinan kita akan alami kegatalan dan naik ruam. Ye la, satu hari dah berkuap lepas tu tak cuci betul-betul, nanti boleh berdaki. Kalau kena macam tu, korang mesti tak akan rasa selesa, sebab asyik nak garu je. Jangan sampai tergaru-garu depan crush sudah girls!

Lepas baca article ni, korang jangan lupa buat tau! Baru lah semua bahagian badan kita bersih, risiko untuk kena jangkitan bakteria pun tak ada. Lagipun menjaga kebersihan ni kan satu sunnah, betul tak girls?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Remaja Paling Senang Kena Depression

Sekolah Pendidikan Khas Pun Ada Aktiviti Best