in ,

Kulit Gelap Pun Boleh Bergaya Dengan Baju Warna Funky

Selalunya kalau kita nak beli baju, ada dua soalan yang mungkin bermain dalam fikiran kita.. baju itu nanti buat kita nampak gemuk tak? Warna baju itu sesuai ke dengan kulit kita? Jangan risau! Kalau yang kulit cerah biasanya korang akan tidak akan fikir terlalu panjang sebab ada yang rasa semua warna baju masuk saja dengan kulit korang. Untuk #Lunagirls yang berkulit gelap pun sebenarnya akan nampak sama cantik kalau mereka pakai baju warna yang terang dan funky. Tak percaya? Meh Zoe bagi korang yang berkulit agak gelap dan manis ini keyakinan sikit…

OREN

Ya, warna ini ramai akan takut nak cuba.. Tapi sebenarnya warna ini akan buat diri kita menonjol daripada orang lain tau! Dan ia juga akan Bantu mailman confidence dalam diri tau.. Kalau korang perasan sekarang ini warna oren sesiapa pun boleh pakai dan semuanya nampak sama cantik. Tak perlu tunggu ada event baju nak pakai, korang nak pakai pergi mall pun boleh!

HIJAU

Sumber gambar:

Warna hijau ini memang sangat terang dan di sekolah selalunya ini adalah warna rumah sukan paling hebat selain rumah merah! Haha! Awak tahu tak yang warna hijau ini satu warna yang cantik? Sebab ia warna natural alam dan warna ini memang banyak tona yang menarik lebih lagi kalau ia ala-ala neon. Fuh! Memang nice!

KUNING

Sumber gambar:

Kalau kuning ini biasanya kita gambarkan warna kawan-kawan kita yang 3F iaitu friendly, funny and funky! Betul tak? Warna ini pun memang mudah buat orang tertarik sebab dia nampak sedap! Macam Zoe, selalu kalau tengok color kuning ini mesti teringat fries dan nugget! Woah! Sedapnya! Lepas itu, pakai pula baju kuning akan buat korang nampak extra comel! 

MERAH JAMBU

Lagi satu warna merah jambu pun paling ramai suka avoid beli sebab ada yang kata geli dan nampak girlish? Tahu tak warna ini pun sangat friendly gender and skin. Jadi tak perlu risau apa yang orang nak kata sebab warna ini sebenarnya memang menarik untuk sesiapa pun! Barulah Blackpink in your area! Yakin dengan diri sendiri okay! You do you!

See? Semua warna yang terang dan funky ini pun boleh buat diri korang nampak hype dan comel! Selepas ini, kalau nak shopping baju apa korang nak, ambil saja ya! Tak perlu pun fikir warna itu masuk ke tidak, asalkan baju awak nak beli itu selesa dan kemas. Bolehlah nak #ootd dengan squad korang ala-ala model streetwear kalau keluar nanti! Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dark Mode Instagram!

Artis VS Depresi! Bagaimana Mereka Survive?