in ,

YUCK! Kuku Kalah Hantu Kak Limah! 💅👻

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=uVzNa5vt31E

Euuwwwhhhh, muka cantik tapi kuku?! Astagfirullahhalazim! Kotornya!

Malu tak bila orang nampak kuku kita panjang dan kotor kan? Nampak sangat kita ni macam malas nak jaga kebersihan diri. Kalau ya pun tak sempat nak bersihkan, potong la sikit bagi kemas. Ainaa harap #Lunagirls lebih utamakan kebersihan kuku! Jom Ainaa kongsikan tentang cara untuk dapatkan kuku yang cantik dan berkilat!

MINUM SUSU

via GIPHY

Korang pernah dengar tak kalau ada warna putih dalam kuku tu maksudnya ada orang rindu? Haa, sebenarnya korang kena tipu sebab benda putih tu ialah petanda badan korang kurang zink! Untuk elakkan benda tu terjadi, korang kena minum banyak air susu dan akan telur rebus sebagai alternatif untuk tambahkan kandungan zink dalam badan okay!

KUKU KEKAL HIDRAT

Sumber gambar:https://posherry.com/blog/petroleum-jelly-uses-beauty-hacks-tips/

Bukan badan kita je yang kena cukup air, kuku pun kena cukup air juga tau. Apa yang korang boleh buat untuk elakkan kuku kering, biasakan diri sapu sedikit petroleum jelly dekat kuku dan kawasan sekeliling. Buat waktu before tidur pun boleh sebab time tu korang dah tak buat apa-apa aktiviti. Kalau tak ada petroleum jelly, boleh ganti dengan minyak zaitun atau minyak kastor yang kata dengan vitamin E.

KIKIR KUKU

Sumber gambar: http://vayomassage.com/manicure-and-pedicure/

Tak cukup duit nak buat manicure dan pedicure dekat spa? Buat dekat rumah je la girls senang, jimat dan pantas lagi tu. Korang boleh beli barang-barang tu dekat mana-mana kedai yang jual barang kecantikan wanita. Make sure cara yang korang buat tu betul, kalau tak tahu boleh rujuk dekat Youtube. Satu lagi, elakkan daripada korang kikir kuku leaps mandi sebab time tu kuku still basah dan lembut, nanti senang patah.

POTONG KUKU

via GIPHY

Nak kuku cantik tapi malas nak potong sampai jadi panjang macam Hantu Kak Limah pula! Biasakan diri potong kuku at least seminggu sekali atau dua kali. Baru la kuku sihat dan cantik je. Kuku ni one of anggota badan yang tentukan tahap kebersihan seseorang tu tau. Kalau kuku pun dah kotor, inikan diri orang tu sendiri kan?

Nak cantik ni kena la ada effort sikit. Jangan ingat kuku tu anggota badan yang paling kecil, korang main abaikan je pula. Semua anggota badan perlu dijaga dengan rapi.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Powernya Boleh Tiru Suara Artis!🎤

Tak Minta Upah, Pelajar Ini Semangat Bantu Makcik Kantin