in ,

Kuih Famous Yang Selalu Dibeli Di Bazar Ramadan!

Sumber gambar: butterkicap.com

Bila sudah tiba bulan puasa, sudah pasti ramai yang suka mengisi masa lapang dengan melakukan amalan mulia dan perbaiki diri kan? Selain dari itu, memang tipu lah kalau kita tak isi perut kita dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang best dan sedap-sedap. Setiap tahun juga, mesti akan ada juadah baru di bazar ramadan yang dijual dan viral sebab ia menarik dan sentiasa buatkan orang tercari-cari. Agaknya, apa yang akan viral semasa tempoh kuarantin ini pula ya? Hehe! Akan tetapi, walaupun banyak kuih-muih yang baru dijual. Kuih tradisional masih lagi menjadi pilihan ramai orang dan ini antara kuih famous yang menjadi pilihan.

TEPUNG PELITA

Sumber gambar: pinterest

Memang tipu kalau ramai yang tidak tahu tentang kuih tepung pelita atau nama lainnya ada yang panggil kuih sampan sebab ia memang sangat sinonim dijual dan dicari semasa bulan Ramadan. Kuih tepung pelita biasanya akan dihidang dalam bekas daun pandan dan ia ada dua lapisan berwarna hijau yang dibuat dari pandan dan putih dari santan. Sangat manis dan berlemak, bila korang makan ia sangat lembut dan cair, lagi best kalau korang sejukkan dalam peti sejuk.Β 

SAMOSA

Sumber gambar: pinterest

Biasanya, samosa selalu dijadikan hidangan untuk minum petang semasa bukan dalam puasa. Bukan setakat itu, ia juga adalah kuih kegemaran masyarakat di sekitar Asia dan Timur tengah dan sudah pasti cara penyediaannya lain mengikut negara masing-masing. Macam di negara kita sendiri, kuih yang berbentuk segi tiga ini digoreng rangup bersama inti seperti ubi kentang, daging, ayam dan sayur-sayuran. Memang best sangat kalau nak makan bersama sos yang pedas dan manis.

CARA BERLAUK

Sumber gambar: pinterest

Antara kuih yang selalu disediakan semasa waktu sarapan pagi atau pun dihidangkan di kenduri. Kuihnya memang kecil comel tapi sedap sangat sebab ada hirisan cili merah, rempah dan daging yang dicincang ditabur di atas. Sesuai sangat untuk dijadikan hidangan pembuka selera sebelum korang makan makanan berat. Woah! Sedap sangat kan kalau di makan sekali ngap sahaja! Hehe!

POPIAH BASAH

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang penggemar makanan sihat, popiah basah adalah antara pembuka selera yang paling terbaik semasa iftar. Memang lain dari popiah goreng yang biasa kita jumpa atau spring roll, popiah basah adalah antara kuih yang susah dimasak dan dihidang dengan cantik sebab kulitnya yang nipis dengan inti yang berat. Memang puas sangat makan!

Sebenarnya, selain dari kuih ini ada banyak lagi kuih yang selalu dicari semasa bulan puasa seperti akok, puding diraja, kuih bakar, agar-agar, lopes, sagu gula melaka dan banyak lagi. Apa yang penting, korang nak beli itu jangan terlalu banyak dan bila bulan puasa ini jangan pula korang membazir ya. Kalau terbeli banyak, korang sedekah pada jiran-jiran okay! Selamat berpuasa #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Puasa Tapi Period? Ini Cara Untuk Rebut Pahala

Netizen Korea Pilih K-Pop Idol Ini Sebagai Menantu Pilihan Ibu Mereka!