in ,

Hadiah Apa Nak Bagi BFF Ni.. Bunga? Kek? Kucing?

Sumber gambar: Lindsay Taryn Photography

via GIPHY

#Lunagirls mesti ada girl squad dekat sekolah kan? Pergi toilet sama-sama, makan dekat kantin sama-sama, jalan balik sama-sama dan kalau boleh semua benda nak buat together! Sempena ‘bulan cinta’ Februari, apa kata  kita bagi hadiah untuk hargai our friendship.. daripada bagi hadiah dekat crush, baik kita belanja BFF kita kan? Hihi! Tapi disebabkan kita pelajar sekolah, budget pun tak banyak… Takpe! Ini senarai barang yang korang boleh beli under RM50, iaitu

MAKEUP STORAGE

Sumber gambar: Homedit

Kalau dah nama pun perempuan, makeup storage sangat sesuai untuk dijadikan hadiah! Sekarang ada macam-macam design makeup storage yang comel tau.. Makeup storage ni harga dalam RM20 pun dah dapat tau! Lagi syok kalau korang beli dua, satu untuk BFF satu lagi untuk kita! Haa.. kan sweet bila makeup storage pun sama! Aww!

BARANG MAKEUP

Sumber gambar: Her Campus

Girls will always be a girls… Maybe korang tak ada banyak duit untuk belikan set makeup yang besar untuk dia, tapi boleh cuba beli yang trial pack atau travel pack punya! Tips nak beli makeup murah ialah waktu tengah buat sale! Semua barang akan jadi lebih murah berbanding harga asal tau.. Alang-alang tu korang pun boleh la shopping barang sekali. Hehe!

PERFUME

via GIPHY

Selain suka cantik, girls pun suka wangi tau. Hehe! Ada banyak perfume yang korang boleh pilih dekat pasaran dengan pelbagai pilihan bau yang menarik! Walaupun budget korang rendah sekali pun, kita still boleh dapatkan dengan harga under RM50! Lagi best kalau buy 1 free 1 ! Boleh la korang ambil yang free tu! Herher!

PET

via GIPHY

BFF pencinta kucing? Haa lagi senang! Hihi! So cuteee kalau dapat hadiahkan pet dekat our BFF! Maybe kalau korang sendiri ada kucing lebih dekat rumah, boleh la bagi seekor dekat BFF tu.. Hehe! Tapi jangan lah bagi tanpa pengetahuan parents tau.. nanti panas telinga dengar mak ‘nyanyi’! Haha!

via GIPHY

Senang je girls kalau kita nak cari hadiah under RM50! Tapi tak semestinya kalau kita nak bagi something dekat someone tu kena yang mahal je.. Apa yang penting keikhlasan hati kita sendiri! Kalau nak lagi jimat, korang print gambar korang with your BFF dan tampal dalam satu frame! Siap! Selamat mencuba girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makeup Junkie Kena Buat Rutin Ni!

Sisi Gelap Dunia K-Pop! Jeng Jeng Jeng….