in ,

Kpop Ini Bukan Ada BTS dan Blackpink Je

Sumber gambar: https://laparejanerd.wordpress.com/2018/08/29/fox-anuncia-una-pelicula-de-hollywood-sobre-k-pop/

Setiap kali cakap tentang K-Pop mesti masyarakat kita yang kurang minat K-Pop akan ingat ada BTS, BLACKPINK, BTS, BLACKPINK dan tak habis-habis dua kumpulan itu saja yang mereka sebut. Bukan setakat itu saja, yang baru nak minat K-Pop pun bila kita tanya mereka minat group mana BTS atau Blackpink saja yang mereka suka. Okay meh sini Zoe kongsi dengan #Lunagirls yang sebenarnya K-Pop ada banyak lagi group dan solo yang ada sama hebat dengan BTS dan BLACKPINK #kpop101

IU

Ada tak yang tengok drama Hotel Del Luna? Drama Korea ini hit baru-baru ini! Kalau korang nak tahu IU bukan sahaja seorang pelakon yang power saja,Β dia juga merupakan penyanyi yang memang hebat lebih lagi kalau dia guna suaraΒ high note vocal. Korang dengarlah lagu-lagu IU sebab memang banyak yang best dan selain itu dah banyak collaboration IU dengan artis-artis hebat seperti G-dragon, Zico, Epik High dan lain-lain.

DPR

Dream Perfect Regime atau juga dikenali sebagai DPR. Mereka pun lebih kurang hebat sebab banyak lagu mereka yang hit walaupun penyanyi dia cuma DPR LIVE dan CREAM. Antara lagu mereka yang paling Zoe suka adalah Jasmine dan Eung Freestyle yang featuring dengan ramai rapper hebat di Korea.Β 

MAMAMOO

Mamamoo sebenarnya dah lama sangat debut dalam industri muzik K-Pop tau dan tak silap Zoe mereka sudah lima tahun. Mereka terkenal dengan konsep charming dan seksi. Bukan setakat itu sahaja, keempat-empat ahli mereka pun semuanya ada strong vocal performances yang memang kalau dengar secara langsung semua peminat mereka kagum.

BTOB

BTOB adalah satu boy group yang dah dekat tujuh tahun dalam industri dan mereka adalah antara k-idol yang paling disukai oleh ramai orang sebab mereka kelakar dan vokal mereka semuanya berkualiti. Ramai gelar mereka dorks yang lahir dalam tubuh seorang penyanyi. Selain itu, banyak juga k-netizen yang cakap mereka sepatutnya lahir sebagai pelawak bukannya penyanyi tapi bagi Zoe okay what? Macam perfect combination saja sebab kelakar, pandai nyanyi, pandai menari dan kacak, hehe!Β 

Selain dari itu, ada banyak lagi idola k-pop yang #Lunagirls boleh stan tau seperti GOT7, NCT, X1, TXT, Highlight, VIXX, Monsta X, Gfriend, EXO, Shinee, Loona, BOL4, Everglow dan banyak lagi. Bagi yang solo pun Chungha, Sunmi, Minzy, Luna, Jimin dan ramai lagi. Zoe suggest sangat untuk korang dengar lagu-lagu mereka sebab semua sama power macam BTS dan Blackpink. Tak ada lah nanti playlist lagu korang yang baru nak minat k-pop tu penuh lagu BTS dan Blackpink saja sebab lagu-lagu artis lain pun best dan memang layan!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Paling Sesuai Waktu Exam!

Tak Payah Beratur Beli McShaker! Buat Sendiri Pun Boleh