in ,

Koreografi K-Pop Sesuai Untuk Kurus!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=s7kxoMYg3l8

#Lunagirls tahu tak? Selain exercise dan diet, cara lain untuk buang lemak badan awak adalah dengan menari? Untuk pengetahuan korang juga, banyak sangat koreografi daripada lagu Kpop yang sesuai untuk korang practice dan kuruskan badan. Memang lah tak dapat badan sama macam idola korang tapi at least terbakar lah juga kalori itu kan. Jadi ini antara koreografi yang menarik dan memang buat korang berpeluh kaw-kaw.

BTS – BLOOD, SWEAT & TEAR

Lagu dia saja dah rancak dari awal, step dia pun teratur dan memang banyak melompat. Untuk lagu BTS yang satu ini memang paling direkomen untuk korang keluarkan peluh yang amat banyak. Oppa BTS korang pun menari sampai banjir peluh dorang tau. 

EXO- MONSTER

Kalau lagu EXO yang satu ini, nampak saja susah tapi masih lagi boleh diikut rentaknya. Koreografi lagu ini juga bukan setakat kaki korang berlecak, badan korang pun sama tau. Kalau rasa tak boleh ikut step koreografi lagu ini, set speed video korang kepada 0.75 nanti senang korang nak follow.

NCT 127 – SIMON SAYS

Nak buang segala lemak di bahagian lengan? Ha, cuba menari dengan lagu NCT 127 ini. Lagu ini, memang koreografinya banyak gerakan tangan. Lepas dah lompat segala bagai untuk kaki korang itu, kita buat lah juga untuk belah tangan itu ya! Barulah seimbang.

ATEEZ – PIRATE KING

Koreografi yang lagu ini memang susah sikit untuk korang yang tak biasa menari sebab ahli ATEEZ ini memang semuanya dancer sejak dorang trainee. Sebelum mereka debut pun, memang banyak dance cover yang dorang buat. So, bolehlah cuba ya.

JEON JUNGKOOK – BEGIN

Koreografi Begin oleh Jeon Jungkook BTS ini pun memang J-Hope dan Jungkook yang power menari pun kata koreografi ini sesuai untuk orang yang nak kurus dan fit. Ini sebab gerakannya yang terlalu laju dan agak complicated sedikit. Untuk pengetahuan korang juga, kebanyakan koreografi lagu BTS ini memang sesuai untuk korang keluarkan peluh, jadi cubalah!

Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan semua? Dah ready nak keluarkan peluh? Kalau dah, jangan lupa warm up and stretch badan itu dulu, nanti terpeleot baru tahu. Awal-awal memang tak reti dan lambat nak follow step koreografi itu, lama-lama okay lah, mana tahu siap boleh masuk dance competition. LOL! 

via GIPHY

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penting Sangat Ke Sex Education?? 🤔 🤨

Eunsu Sedih MYTEEN Disbands!