in ,

Kaki Tangkap Gambar? Ini Kamera Korang Kena Ada!

Sumber Gambar: https://www.aliexpress.com

Setiap orang ada minat yang berbeza.. Untuk #Lunagirls yang minat untuk ambil gambar dan rekod video tapi tak suka ada dalam gambar dan video, korang boleh relate dengan artikel Ummi kali ini! Sekarang ramai yang nak jadi YouTuber.. ada macam-macam talent yang korang boleh share! Tapi sebelum nak buat YouTube channel, dah tahu nak pakai kamera apa untuk rekod video dan #OOTD? Belum? Jom tengok senarai kamera for beginner yang Ummi senaraikan khas untuk korang!

COMPACT CAMERA

Sumber Gambar: https://www.trustedreviews.com

Untuk korang yang bercadang nak buat Vlog, Ummi nak suggest kamera yang mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana! Ummi memperkenalkan compact camera! Kalau #Lunagirls tengok contoh gambar atas Ummi kongsikan, kecil je kan? Korang boleh bawa ia ke mana-mana sebab senang dipegang dan disimpan.. Dah habis rekod, sumbat je masuk beg! Kualiti video pun boleh tahan power tau.. Tapi mengikut spec camera tu okay!

MIRRORLESS CAMERA

via GIPHY

Alahai! Comel betul kamera ini dengan design ala-ala old school! Bukan setakat design je yang lawa tau, tapi kualiti gambarnya pun super power lebih kurang sama  dengan DSLR tau! Dan kalau korang nak jalan santai-santai, bolehlah bawa kamera ini untuk tangkap gambar pemandangan.. Sangkut je dekat leher! Tak berat pun girls..

ACTION CAMERA

via GIPHY

Dah nama pun action camera jadi sangat sesuai untuk ambil gambar dan video extreme activity! Untuk #Lunagirls yang nak buat Vlog lakukan aktiviti extreme, bolehlah gunakan action camera ini! Korang boleh sangkut ditangan, kepala atau mana-mana bahagian badan yang mudah untuk korang access!

DSLR

Sumber Gambar: https://www.digitaltrends.com/

Dari dulu sehingga kini, DSLR digunakan oleh professional photographer untuk sesi photoshoot gambar dan video! Tapi itu tak bermakna kita tak boleh guna, kita boleh je belajar untuk mahir menggunakan DSLR.. Ada banyak jenis dan design untuk kamera ni, #Lunagirls boleh pilih ikut keselesaan masing-masing okay!

Ha! Korang dah decide belum nak beli kamera yang mana? #Lunagirls pilih yang paling mudah dan berbaloi untuk korang beli sebab harga kamera boleh tahan tau! Ummi suggest untuk beli DSLR atau compact camera, sebab boleh bawa jalan-jalan, boleh guna dekat rumah dan boleh buat untuk tangkap gambar dengan family!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Untuk Maintain Tudung Hijabis!!

As’ad Motawh Dipeluk Peminat, Gimik Atau Real?