in ,

Korang Single? Ini Cabaran Menanti Korang…

OMG! Aku sunyi!!! Semua kawan dah ada boyfriend or girlfriend. Tapi aku masih steady single. Jealous betul bila tengok orang lain bercinta…

Jangan bersedih geng kalau korang tengah single sebab korang boleh geng dengan Tee, dia pun single juga tu, hehe! Since korang tengah single ni mesti ada perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan ada pasangan then weekend diorang pergi date sambil record video kan. Tak mengapa la, single ni tak bermakna korang loser! Single ni maksudnya korang masih belum berjumpa dengan orang yang sesuai atau mungkin belum ready nak ada relationship.

Heyy, tak salah pun kalau single sebab boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang korang nak tanpa kena marah dengan pasangan. Tapi at the same time ada cabaran juga yang menanti korang. Mungkin waktu tengah bersekolah ni korang tak rassa sangat cabaran tu, boleh jadi nanti in future bila dah habis sekolah dan korang masih single, tak mustahil ia terjadi. Jom check it out cabaran yang bakal korang hadapi nanti…

JADI MANGSA USIKAN

Sumber gambar: Pinterest

Just imagine bila dalam circle korang tu, hanya korang sahaja yang masih single dan yang lain dah ada kekasih mereka sendiri. Then that time korang tengah teman mereka dating secara berjemaah… Confirm korang akan jadi bahan usikan dan gelak tawa mereka. That time korang memang kena bersabar je la dan jangan terlalu ambil berat tentang apa yang mereka katakan, layankan sahaja apa yang mereka katakan. Kadang-kadang mesti korang akan terasa juga kan, tapi kalau dah sampai tahap tak selesa tu better bagitahu je apa yang korang rasa ketika itu. Lama-lama tahan sabar pun boleh jadi marah juga ya…

MAKAN HATI ORANG LAIN BAHAGIA

Sumber gambar: Identity Magazine

Pergi sana sini mesti nampak je couple jalan berdua-duaan. Makan sama-sama, shopping sama-sama, nasib baik tak masuk toilet sama-sama je, hehe! That time mesti akan ada perasaan cemburu mula terdetik dalam hati korang. Masa tu juga korang pun mesti terus teringin nak ada pasangan sendiri. Itu sangat tak elok ya sebab korang nak bercinta semata-mata nak isi kekosongan hati dan bukannya sebab dah ready. Takut nanti baru bercinta korang terus rasa nak single balik sebab tak ready nak ada pasangan.

SUPER LONELY

Sumber gambar: Tumblr

Waktu sekarang ni memang tak rasa lonely sangat sebab korang masih duduk bersama dengan family lagi. Kita cerita in future nanti, bila korang dah masuk belajar jauh dari keluarga. Memang la boleh berdikari tapi kadang-kadang kita perlukan peneman juga selain kawan baik kan? Tapi itu bukan la jalan pintas untuk korang minta simpati daripada sesiapa pun. Orang sekeliling mungkin akan judge korang sebab single atau apa sahaja tapi korang pun kena la tepis kata-kata negative tu ya.

RASA RAGU RAGU NAK BERCINTA

Sumber gambar: Accentury

Mungkin korang dikelilingi dengan kawan-kawan yang banyak kali putus cinta, patah hati, tukar pasangan dan macam-macam lagi la masalah. Itu membuatkan korang rasa ragu-ragu untuk mula bercinta sebab takut jadi nasib yang sama macam mereka. Even kalau BFF korang sendiri pun jenis selalu putus cinta, perkara itu membuatkan korang kurang pasti untuk bercinta in future nanti. At the end of the day korang ambil keputusan untuk terus single je taknak bercinta.

JADI MANGSA CEMBURU

Let say korang kena buat kerja dengan boyfriend kawan korang ni dan ia memerlukan kerjasama yang kerap antara dua pihak. Confirm lama-kelamaan nanti kawan korang akan cemburu! Mula la nanti jadi pergaduhan pula sebab rasa cembura daripada pasangan tu. Maka dengan itu korang la jadi mangsa keadaan. Boleh jadi nanti kena tuduh perampas kebahagiaan orang pula, satu hal jadi gaduh. Alamak tak best betul!

Kemungkinan perkara ini akan berlaku dalam diri korang mungkin hanya 50-50 sahaja. Tak semua orang akan hadapi cabaran seperti ini. Before korang hadapi perkara ni, lebih baik tangani awal-awal ya. Goodluck kepada jiwa yang single dekat luar sana! Kita semua kuat

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gummy Smile Seperti Jennie BLACKPINK, Ini Yang Korang Harus Tahu

Kenapa Remaja Perlu Minum Susu Dan Makan Sayur?