in ,

Korang Perlu Minum Ini Demi Kesihatan!

Sebagai pelajar sekolah, #Lunagirls perlu jaga kesihatan dengan jaga makan, cukup tidur, belajar dengan cara terbaik dan lain-lain. Oleh sebab itu, bila korang nak jaga kesihatan dan nak nampak terbaik bila dah dewasa nanti kita kena rajin minum air dan juga beberapa minuman yang akan buat #Lunagirls sihat dari muda. Okay jom tengok minuman apa yang boleh menyihatkan badan supaya sentiasa cergas dan cerdas.

SUSU

via GIPHY

Susu adalah minuman yang paling majoriti pelajar tak suka sebab ada perut sesetengah orang agak sensitif yang membuatkan mudah sakit perut. Jadi mereka pun ambil keputusan untuk tak minum susu. Tapi untuk pengetahuan awak, susu bukan saja baik untuk kesihatan tulang kita tau tapi ia boleh buatkan tinggi semakin bertambah sebab proses tumbesaran korang masih aktif waktu umur sekarang. Hmm, baik rajinkan diri minum susu sekarang. Kalau tak nanti dah besar rasa menyesal dengan diri sendiri sebab kecil malas minum susu, hehe!

TEH

#Lunagirls patut minum teh sebab teh akan membuatkan diri korang tenang selepas penat seharian belajar. Teh juga memang sangat membantu untuk redakan stress tapi ingat jangan selalu minum boba tea pula! Sebab kalau asyik minum itu saja kang ada yang kena diabetes pula, Oh no! Maksud Zoe, lebih baik kalau korang minum air teh suam sebab itu yang terbaik.

PLAIN WATER

Ya, macam biasa bukan setakat awak yang bersekolah je. Selagi namanya manusia, badan kita memang memerlukan air sekurangnya dua liter sehari. Kalau siapa yang rajin minum air, sistem imunisasi badan awak memang terbaik sebab proses hidrasi badan akan elok saja.

JUS BUAH

Sumber gambar:

Selain itu, jus buah-buahan pun sangat membantu untuk penghadaman #Lunagirls! Lebih lagi kalau jus buah itu kita campurkan dengan herba. Lepas ini awak semua tak ada masalah penghadaman dan mudah saja nak buat apa-apa aktiviti tanpa terganggu disebabkan sakit perut atau masuk angin. Tapi ingat ya, jus buah itu mesti kurangkan gula sebab kalau manis sangat kang terlebih aktif pula korang. LOL!

Selepas ini, bolehlah #Lunagirls buat jadual untuk minum minuman yang Zoe kongsikan tadi supaya sentiasa sihat. Memang penat minum banyak sangat air tapi kesannya adalah kalau korang rajin minum ikut waktu, korang rasa lapar awak semua itu akan kurang sebab zat dari minuman korang ambil mencukupi dan pengambilan portion makanan pun akan lebih sederhana. Wah! Sambil itu boleh diet sekali! Seronoknya! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Berkesan Untuk Cepatkan Period!

Cara Terbaik Naikkan Self-Confidence Level Influencer!