in ,

Korang Mangsa Buli? Jangan Terus Jadi Lemah!

Sumber gambar: YouTube Cliplight Ultimate Tik Tok MEMES Compilation! | Bully or Not?

Haihh geram betul la bila buka social media sekarang ni. Bukan main banyak kes buli! Satu demi satu kes buli kita dengar setiap hari.

Girls, korang pernah kena buli tak? Or korang sendiri ialah seorang pembuli? Korang mesti tahu kan tentang isu buli yang makin menjadi-jadi sekarang ni sampai bawa kepada kematian. Harapnya korang bukan mangsa buli ya! Untuk elakkan benda tu, Ainaa akan share dengan korang cara untuk hentikan buli dekat sekolah!

GERAK DALAM KUMPULAN

Sumber gambar: https://suaramediaku.wordpress.com/2009/06/20/pelajar-sekolah-sekarang-ingatlah/

Let say dekat sekolah tu memang ada geng senior yang kaki buli, make sure korang bergerak dalam kawasan sekolah tu dalam kumpulan dengan kawan-kawan supaya pembuli tu tak berani nak datang dekat. Lantak la orang kata korang ni manja sebab selalu dengan kawan, asalkan tak kena buli dengan pembuli yang lemah tu!

TAHAN MARAH

via GIPHY

Of course bila dah kena buli mesti korang akan rasa marah, sedih, takut atau menangis. Tu benda biasa yang jadi pada mangsa buli. But in this case, korang jangan rasa semua tu. Korang kena sabar sebab kalau korang menangis, pembuli tu lagi la suka nak kacau korang. Elakkan tunjuk emosi korang that time. After tu takpe, asalkan diorang tak nampak je la.

BERANIKAN DIRI

via GIPHY

Pembuli ni sebenarnya penakut dan lemah tau, sebab tu la diorang suka buli orang lain. Apa yang korang kena buat ialah beranikan diri dan tegas dengan dia! Buktikan dekat diorang yang korang ni tak lemah macam diorang si kaki buli tu. Cakap je yang korang tak suka kena buli dan marah je diorang lepas tu okay!

BUAT LAPORAN

Sumber gambar: https://amranmj73.wordpress.com/2012/12/13/penilaian-dan-pemantauan-perkhidmatan-bimbingan-dan-kaunseling-bk-di-sekolah/sesi-kaunseling-4/

Tak ramai yang berani nak buat report dekat cikgu atau kawan-kawan bila kena buli atas alasan malu atau dah kena ugut dengan si pembuli tu. Pergi jumpa dengan cikgu yang korang paling percaya dan adukan semua yang terjadi dekat dia. Confirm si pembuli akan dikenakan tindakan lepas tu,

Ingat, jangan takut untuk berhadapan dengan pembuli. Sampai bila la pembuli ni nak bermaharaja lela dengan aktiviti jahat tu. Takkan sampai dah jadi kes polis baru korang nak beranikan diri? Haihh maaf, sis emosi harini!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments