in ,

Pakai Make Up, Tumbuh Jerawat #MITOS

Sumber Gambar: https://www.allyoung.co.id/

Selalunya mitos skincare apa yang paling korang ingat, contohnya kalau makan kacang boleh buat jerawat naik. Kan? Korang rasa tu fakta atau mitos? Ha! Harini Ummi nak merungkai beberapa mitos skincare yang korang tak perlu percaya #Jengjeng

MAKANAN BERMINYAK

via GIPHY

Selalunya kita dengar makan makanan yang berminyak ataupun kekacang boleh menyebabkan timbulnya cik jerawat.. Hmm, tak betul girls sebab tak ada kajian yang membuktikan benda ni. Melainkan korang makan makanan yang mengandungi kadar susu yang tinggi, tu baru betul boleh menyebabkan jerawat timbul di sana sini.

MAKE UP PENYEBAB JERAWAT

via GIPHY

Makeup ni tak salah pun girls, yang salah sebab korang tak bersihkan make up betul-betul. Jangan ingat dengan hanya pakai cleanser dah cukup ya girls? Kenalah guna oil cleanser terlebih dulu, sebab ia akan padam semua minyak yang ada di muka korang tu, especially pori-pori yang tersumbat

JERAWAT TAKKAN MUNCUL BILA TUA

Sumber Gambar: https://www.celsusbio.com

Haip! Siapa kata, orang berumur 30an hingga 50an ni bebas dari jerawat? Jerawat terjadi sebabkan hormone, stress, keadaan cuaca dan kebersihan kita. Tak semestinya masa muda korang tak ada jerawat, sampai tua pun tak ada. Kalau memang tak ada, korang memang lucky girls.

KULIT MUKA RASA KETAT

Sumber Gambar: https://www.glamour.com/

Lepas basuh, kulit muka rasa kering dan tegang? Ha! Kalau ya, maksudnya cara korang basuh muka tu salah. Korang dah bersihkan sekali minyak baik untuk melembapkan kulit muka. Sebab tu tak boleh basuh muka dengan kasar, korang kena basuh dengan lembut barulah muka tu rasa gebu je.

Lepas ni korang dah tak perlu rasa takut untuk jamah makanan berminyak ke, makan kekacang ke lepas baca article Ummi ini. Melainkan korang ada kulit sensitive. Dah! Jangan takut lagi sebab itu semua hanya mitos belaka, ok?

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Overdose Dengan Air??

Eh Eh Crush Bagi Bunga Kuning Lah!