in , ,

Kamera Pakai Buang? Biar Betul!

Sumber gambar: Unsplash.com

Rasa macam nak beli camera… Tapi camera jenis macam mana yang paling ONZ kalau nak ambil gambar? Hmm budget pula mesti tinggi punya…

Hehe! #Lunagirls tengah pening nak beli camera ke? Bajet korang macam mana? Kalau nak beli something mesti kita akan tengok daripada segi harga dan kualiti kan.. Sekarang ni tengah trend gambar ala-ala versi vintage tau! Hmm.. korang nak tahu tak camera apa yang boleh korang beli untuk bagi hasil gambar yang power? Cer try usha ni..

POLAROID

Sumber gambar: Depop

Tahun lepas camera Polaroid ni boleh dikatakan paling ONZ lah! Sebab ia sama macam camera kodak lama iaitu sekali ambil je.. Tapi yang paling menariknya, bila ambil gambar, terus dapat hasil on the spot siap dah edit lagi tu! Harga pun tak mahal, starting price RM 200 dan kena tambah sikit untuk beli film dia. Psst, camera ni ada macam-macam warna tau! Boleh pilih ikut warna favorite korang!

DISPOSABLE CAMERA

Sumber gambar: Rakuten

Kalau #Lunagirls kaki gambar, mesti akan suka dengan camera jenis disposable ni! Tapi tak semua kedai jual kamera ni tau.. Walaupun korang hanya boleh tangkap 27 keping gambar je tapi camera ni power dahsyat sebab automatic edit terus! Caranya sama je, ambil gambar macam biasa dan dah habis tangkap 27 keping gambar korang bawa camera tu pergi kedai untuk cuci gambar! Body camera boleh di buang atau boleh je kalau nak simpan sebagai kenangan! Jangan lupa minta orang kedai simpan gambar dalam hard copy dan soft copy okay!

LOMOGRAPHY

Sumber gambar: Stuff

Ramai yang belum tahu tentang kamera Lomography ni sebab dekat Malaysia memang susah sikit nak cari. Tapi LUNARIA pasti korang mesti akan suka dengan camera ni.. sebab walaupun tak pakai casing underwater, tapi ia boleh tahan dekat dalam air tau! Bukan tu je, function fish eye lens pun cantik girls!

GO PRO 

Sumber gambar: Mashable

Kamera keluaran Apple ni memang tak dapat dinafikan lagi kecanggihan dan hasil gambar yang power! Bukan tu je, ia boleh digunakan untuk ambil gambar dan video.. Syok kan! Go Pro ada banyak edition, kalau #Lunagirls baru nak cuba dan bajet tak menyebelahi, korang boleh beli yang edition lama punya.. kita boleh try and error dulu okay!

So amacam #Lunagirls? Mana satu pilihan hati korang? Hihi! Tapi kalau korang nak lebih jimat, SuperDeals ada buat promosi 1 LifeBuuk Photo Album ada 50 keping gambar RM17.50 je girls! Murah dahsyat please! Lagi senang dan jimat masa, pilih je gambar korang yang paling cantik dan jadikan satu album!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Projek Sains Meletup? Korang Buat Ni Je..

Tidur Pun Ada Mitos Tau.. Hati-Hati!