in ,

Konsert Lokal Ke Konsert Overseas Lagi Onz?

Sumber gambar: moneysmart.id

Nak pergi yang dekat Singapore ke yang kat Malaysia je? Hmm…

#Lunagirls teringin nak pergi konsert tapi tak tahu nak pergi yang lokal atau oversea? Konsert lokal atau luar negara mana lagi best? Okay jom check out PROS and CONS kita pergi dua-dua konsert tu…

TIKET MAHAL VS TIKET MURAH

via GIPHY

Selalunya kalau tiket konsert luar negara, harga tiket memang boleh buat korang menangis kat bucu katil, tak termasuk tiket flight lagi. Of course kena menabung untuk pergi konsert favorite korang tu. Sama juga kalau konsert tu dibuat dekat Malaysia, harga pun sama je mahalnya. Tapi kalau konsert lokal, ada je yang FOC dan mungkin dekat dengan rumah korang. So, korang kena keluar duit untuk transport je.

TAK BOLEH AJAK RAMAI KAWAN VS BOLEH AJAK SATU KAMPUNG

View this post on Instagram

Antara show paling riot pernah kami perform. Gila babi. Raingers ! Korang telah buktikan perpaduan anak2 muda yang support lokal music kerna kami tau ada yang masih tak hilang penat dia dari Big Jan show hari sebelumnya namun korang tetap datang show support. Yang datang dari jauh2 Terima Kasih sangat2! Terima kasih kerana menghidupkan suasana dalam pada yang sama menjaga sesama raingers d hari majlis. Takda plak dengar cerita gaduh di moshpit, betul? Itu yang membuatkan kami bangga. Moshpit punya ganas tapi tetap bersatu. Setinggi penghargaan kita berikan kepada @todakfest selaku penganjur yang mengambil risiko bermain api ajak kita berdansa indie rock di dalam mall. Semoga pintu rezeki todak fest sekeluarga bertambah. Kami HUJAN sekeluarga memohon maaf kalau ada terkurang terlebih terkasar sepanjang show dan majlis especially kepada RAINGERS yg tak henti2 menyokong kami. Sayang korang!!! Sampai RIOT YANG SETERUSNYA! 📸 OLEH @EHHAFISHAH #riotsquadhujan #hujanband #todakfest2019

A post shared by hujanband (@hujanband) on

Kalau harga tiket pun dah beratus, macam mana nak ajak kawan-kawan join layan konsert sekali kan? Macam Ainaa cakap tadi, tak termasuk tiket flight dan hotel lagi. Confirm diorang fikir dua tiga kali sebelum terima ajakan kita tu. But if konsert lokal, nak ajak satu kampung pun tak ada masalah sis. Lagi ramai, lagi meriah!

MALU NAK SING ALONG VS NYANYI TAK INGAT DUNIA

View this post on Instagram

Terima kasih warga USM kerana mengundang kami wakil dari pekerja hotel bahagian dapur untuk bersama memeriahkan BATTLE OF THE BAND x KUGIRAN MASDO semalam. Tahniah buat band yang berjaya ke peringkat seterusnya. Semoga beroleh kejayaan. Sampai jumpa lagi!🕺🏻💃🏼 #GengPakMaon #GengBentaraGuru 📽: @apit_mar

A post shared by Kugiran Masdo (@kugiranmasdo) on

Biasanya kalau konsert artis luar negara mesti artis tu nyanyi lagu dalam bahasa diorang. Dapat pula that time lagu yang dinyanyikan tu baru je release, dah terkial-kial nak menyanyi sekali sampai rasa segan dengan orang sebelah sebab tak hafal lagu. Tapi kalau konsert lokal, korang senang je nak hafal kan. Lagi- lagi yang perform tu artis favorite, seronok la korang kat bawah tu. Haha!

CROWD ‘OVERDOSE’ VS CROWD BOLEH DIKAWAL

via GIPHY

Tak dinafikan setiap konsert ada certain barang yang tak dibenarkan masuk. But some people tak endah langsung dengan peraturan tu. Biasanya ia terjadi kalau melibatkan konsert dekat luar negara atau artis dari luar. Maybe ada a few stuff terlarang yang terlepas masuk sampai buatkan crowd ‘hilang pedoman’. Tapi bila konsert lokal, maybe ramai tak berani nak langgar peraturan so crowd dekat situ masih boleh dikawal. Cuma yang super excited tu susah sikit nak kawal.

So ada tak #Lunagirls yang pernah pergi konsert dekat luar negara atau konsert artis KPOP? BTW cakap pasal konsert, Ainaa nak ajak korang datang ke MAEPS, Serdang 30 March ni untuk Konsert #BigJam2019. Korang boleh jumpa ramai selebriti tempatan yang akan buat persembahan pada malam tu. Eheemmm, team LUNARIA pun ada sekali tau. Jom la jumpa kitorang sekali!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mahalnya Waxing! Gunalah Madu Dan Lemon!

Snek Wajib Cuba Bila Di Korea!