in ,

Konsert Idaman Cancel? Ini Yang Perlu Korang Buat!

Sumber gambar: Nme.com

WHAT?! Konsert SEVENTEEN dengan GOT7 BATAL?! Dah beli tiket tau, kenapa tiba-tiba batal pula ni? Aduh tak best la macam ni, ish!

Tenang guys, memang banyak konsert Kpop dibatalkan tahun ni disebabkan virus corona yang semakin merebak saban hari. Memang tak boleh nak buat apa la kalau pihak management mereka dah buat keputusan untuk batalkan. Banyak risiko yang perlu mereka hadapi andai kata konsert tetap diteruskan. Contohnya kemungkinan ada yang akan dijangkiti virus dan perkara itu sangat merisaukan. As fans mesti korang sedih dan kecewa sebab tak dapat nak tengok your favorite ikon perform depan mata.

via GIPHY

Mesti ada juga yang dah beli tiket awal, tapi end up konsert tak jadi pula. It’s okay, jangan sedih ya sebab korang masih boleh pergi konsert lokal penyanyi Malaysia. Tapi for those yang dah beli tiket tapi konsert itu dibatalkan, ini yang patut korang buat okay!

MINTA REFUND

via GIPHY

Biasanya kalau ada konsert yang batal, official social media mereka akan update kepada fans. Info yang mereka akan bagi ialah berkenaan dengan pembatalan konsert itu sendiri which is cara untuk refund semula, sebab kenapa dibatalkan dan sebagainya. So apa pun korang kena selalu keep update dengan social media mereka sekiranya korang nak refund. Cara refund yang mereka akan buat ialah secara berperingkat dan kemungkinan mengambil masa agak lama since banyak perkara yang perlu mereka selesaikan. Korang kena tunggu la lama sikit ya, jangan marah-marah. Sambil tu boleh la korang tengok konsert lain yang mungkin akan diadakan pada tahu ni ke? Hehe!

TUNGGU UPDATE

Image result for update
Sumber gambar: Makeuseof

Sometimes maybe ura-ura sahaja yang mengatakan konsert tu batal, tapi boleh jadi itu hanya la ura-ura sahaja. Sebab tu macam mana pun, korang tetap kena tunggu update daripada pihak mereka. Mana tahu sebenarnya konsert tu tak dibatalkan, boleh la korang sambung enjoy balik dan buat preparation untuk konsert yang ditunggu tunggu. Just semak semua social media mereka sama ada di Facebook, Twitter, Instagram mahupun TikTok untuk dapat tahu kesahihan berita yang korang dengar tu. Jangan kecewa terlampau awal dulu okay girls and boys. In case mereka postpone konsert pada bulan lain pun boleh jadi juga kan?

BELI TIKET KONSERT LAIN

via GIPHY

Satu cancel, berpuluh lagi yang sedang menanti, hehe! Kalau tak dapat pergi konsert Kpop favorite korang, boleh la ke konsert lokal yang lain. Macam yang Ainaa cakap tadi, dekat Malaysia pun ada banyak je konsert yang bakal diadakan. Inshaa Allah konsert lokal tak dibatalkan. Untuk tahun ni ada beberapa konsert yang bakal diadakan antaranya ialah konsert Khai Bahar, event Rockaway Festival, Riot Fest dan banyak lagi la yang boleh korang pergi lagi. Banyak je lagi konsert yang ada, hanya menanti hari sahaja untuk ke konsert tu.

REDHO JE LA GIRL

via GIPHY

Nak tunggu BTS datang Malaysia, tak tahu la bila. Sama ada akan datang atau tidak tu tak tahu la. Tapi cuba korang bayangkan kalau BTS datang Malaysia lepastu konsert mereka dibatalkan, agak-agak ada rusuhan yang berlaku tak? Korang akan join rusuhan tak? Sedangkan konsert Kpop yang lain pun dibatalkan pun ramai fans yang marah, inikan pula BTS? Confirm la ramai ARMY ‘keluarkan senjata’, hehe! Tapi kalau dah kalau memang dibatalkan, kita tak boleh nak buat apa la. Kena redho sahaja dan tunggu next konsert, itu pun kalau ada. Kalau tak ada, boleh la pergi konsert yang lain pula.

Tapi siapa je yang tak sedih kalau konsert yang selama ni mereka tunggu-tunggu, tiba-tiba dibatalkan. Confirm sedih dan rasa tak puas hati kan? Macam yang Ainaa cakap, memang tak boleh nak buat apa la kalau dibatalkan sebab kita as fans hanya menanti sahaja konsert yang ada. Organizer je yang berhak untuk buat keputusan. Susah sangat tak dapat tengok konsert in real life, tengok je dekat Youtube okay!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Konsert BTS Maps Of The Soul TOUR Seoul Cancel!

Suga BTS Sumbangkan 100 Juta KRW Di Kampung Halaman Bantu Cegah Koronovirus