in ,

Konsert BTS Maps Of The Soul TOUR Seoul Cancel!

Sumber gambar: soompi.com

Apa?! Konsert cancel lagi?! Alaaa!!! Tapi kenapa? 

Ha! Ramai peminat K-Pop yang kecewa kebelakangan ini sebab banyak konsert dan beberapa acara seperti fan meeting dan showcase dari artis K-Pop yang datang di negara kita atau di mana sahaja telah dibatalkan. Biasanya, pengumuman telah diumumkan awal supaya yang telah membeli tiket boleh refund semula duit tiket korang dari penganjur.

Sumber gambar: thelivemirror

Selain dari itu, korang tak perlu kecewa sangat sebab semua ini ada sebab yang penting melibatkan dengan diri korang, artis yang korang suka dan juga banyak pihak sebab kebanyakan konsert ini terpaksa dibatalkan oleh kerana wabak COVID 19 atau lebih kita kenal dengan coronavirus. Walaupun ramai yang kecewa, iya lah sebab itu sahaja lah masa dan peluang untuk kita berjumpa idola kita kan? Tetapi korang kena ingat untuk jangan sedih sebab apa yang lebih penting adalah kesihatan korang semua dan juga idola korang kan?

Sumber gambar: koreaboo

Please understand that this decision was made after extensive and careful consideration in order to cooperate with the government’s measures on restricting public events as well as municipal advisories on the use of cultural and sports facilities,” Big Hit Entertainment added in their statement. Tickets will be refunded through Interpark, the official ticket agent. “We would like to sincerely apologize for issuing this notice of cancellation to all of our fans who had been eagerly looking forward to the BTS MAP OF THE SOUL TOUR – SEOUL Concert, and we ask for your understanding. Thank you.

Sumber gambar: twitter

Ini termasuk juga dengan konsert BTS Maps Of The Soul TOUR yang bakal diadakan di Seoul, Korea Selatan pada April ini. Big Hit Entertainment telah pun membuat pengumuman tersebut bagi menjaga banyak pihak supaya tidak terdapat implikasi yang lebih besar pada masa akan datang. Apa yang menariknya, majoriti BTS ARMY yang membeli tiket konsert BTS Maps Of The Soul TOUR di Seoul telah menyumbangkan duit refund tiket tersebut untuk tabung COVID 19 di Korea bagi membantu mangsa. 

Sumber gambar: variety

Bukan setakat BTS sahaja yang terpaksa membatalkan konsertnya, akan tetapi Taeyeon, Winner, NCT, dan GOT 7 pun terpaksa dibatalkan. Jadi bukan BTS ARMY sahaja yang kecewa, peminat yang lain pun ramai yang sedih tetapi semua rasanya faham dengan situasi yang berlaku sekarang dan lebih berfikiran positif dengan apa yang terjadi.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Anime Legend Korang Kena Tahu!

Konsert Idaman Cancel? Ini Yang Perlu Korang Buat!