in ,

Kolaborasi Hero Dan Heroin K-Drama Yang Dinantikan

Sumber gambar: spinditty.com/genres

Setiap tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan pelbagai karya seni seperti drama dan filem terbaru di televisyen dan pawagam. Kadang-kadang, sampai rambang mata nak tonton yang mana satu dahulu sebab genre best dan menarik, ada juga yang tak sabar nak tonton sebab hero dan heroin yang punya chemistry itu memang hebat dan lain-lain. Kolaborasi antara hero dan heroin pun antara paling penting dalam penyampaian jalan cerita supaya ia nampak lebih real. Kali ini, khas untuk peminat K-Drama, jom kita tengok gandingan siapa yang paling dinantikan peminat pada tahun 2020 ini. 

LEE MIN HO & KIM GO EUN

Sumber gambar: soompi

Kalau korang peminat drama Korea memang tipu jika korang tidak kenal dua orang pelakon besar ini. Lee Min Ho dan Kim Go Eun ini adalah antara pelakon yang paling dinanti oleh ramai peminat untuk mereka bergabung dalam satu drama baru yang dikhabarkan akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Drama baru yang akan mengandingkan mereka adalah The King: Eternal Monarch ini ditulis oleh penulis drama The Heir dan Goblin iaitu Kim Eun Sook. Hmm, kalau dua drama sebelum ini pun dah bagus, pasti kali ini pun tak akan mengecewakan lebih lagi dengan gandingan mereka.

TAECYEON & LEE YEON HEE

Sumber gambar: soompi

Taecyeon seperti yang kita tahu, baru sahaja dicharge dari latihan military pada tengah tahun lalu tapi kali ini dia kembali untuk semua peminat dengan drama baru. Apa yang best, dia akan reunion semula dengan heroin drama Lee Yeon Hee. Kalau sebelum ini, mereka pernah digandingkan dalam drama Marriage Blues tetapi kali ini dalam drama The Game dorang akan jadi lebih sweet dan romantik. Apa yang lebih menarik drama ini akan ditayangkan mula pada 22 Januari ini tau

PARK MIN YOUNG & SEO KANG JOON

Sumber gambar: Getty Image

Drama kali ini diadaptasi dari novel I Will Find You akan dilakonkan oleh dua orang hero dan heroin yang dikatakan paling sesuai. Walaupun Park Min Young dan Seo Kang Joon ini mempunyai jurang umur yang sangat jauh tetapi gandingan mereka dalam I Will Find You ini memang buat kan ramai peminat K-Drama tak senang duduk nak tunggu 20 Februari ini tau

JUNG HAE IN & CHAE SOO BIN

Sumber gambar: soompi

Akan digandingkan dalam drama yang bakal ditayangkan pada bulan Mac ini, Half of Half akan buat kan peminat K-Drama tercyduk sebab Jung Hae In dan Chae Soo Bin akan menjadi pasangan kekasih paling romantik kali ini. Dalam cerita ini pun mesti korang akan layan sangat sebab ia bergenre komedi.

KIM SOO HYUN & SEO YE JI

Sumber gambar: soompi

Drama kolaborasi Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji yang bertajuk Psycho, But It’s Okay yang khabarnya akan bergenre romantik fantasi ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini juga. Jadi mesti ramai peminat K-Drama tak sabar dengan gandingan mereka buat kali pertama ini kan? Sebab mereka nampak secocok sangat! Hehe

Woah! Nampaknya semua gandingan hero dan heroin K-Drama kali ini memang menarik ya! Ada yang baru dan ada juga yang lama. Genre cerita pula kebanyakannya memang menarik dan tidak ada yang terlalu berat untuk korang tonton. Jadi, korang paling tak sabar yang mana satu? Kalau Zoe, mestilah Lee Min Ho dan  Kim Go Eun sebab dua orang ini kalau menangis, kita pun boleh ikut menangis sampai banjir satu rumah tau! hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Hydrating Terbaik Untuk Pelajar

Cara Nak Jadi Seorang Girl Yang Cool