in ,

Kolaborasi 93-Liners! IU dan Suga BTS Buat Lagu Bersama!

Sumber gambar: koreajoongangdaily.joins.com

Bila cakap tentang K-Pop idol, memang ramai yang suka dengan muzik mereka, budaya mereka dan banyak lagi tapi apa yang lebih buat peminat suka adalah jika ada kolaborasi baru di antara mereka. Ini sebab memang ramai yang tahu, contohnya jika idol A bergabung dengan idol B, sudah pasti muzik mereka akan diterima oleh ramai peminat dari kedua belah pihak. Ini termasuk lah dengan kejutan yang dilakukan oleh IU atau Lee Ji Eun baru-baru ini, yang mana agensi IU iaitu EDAM Entertainment telah mengumumkan IU akan buat comeback pada bulan Mei hadapan.

Sumber gambar: soompi

Bukan setakat itu sahaja, IU juga diumumkan akan release comeback beliau pada 6 Mei bersama dengan muzik video sekali! Woah! Mesti semua UAENA excited kan? Ehem! Korang tahu tak ada kejutan apa lagi untuk comeback IU bulan depan ini? EDAM Entertainment juga siap mendedahkan bahawa IU akan bekerjasama dengan Suga BTS untuk digital single dia dalam comeback akan datang! Dan mereka berpendapat bahawa lagu ini mesti akan jadi lebih baik sebab kedua mereka adalah rakan sebaya dan mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik. Woah! Zoe memang tak sabar sebab IU dan Suga keduanya adalah ultimate bias Zoe!

Sumber gambar: SBS

β€œAs musicians of the same age, the two singers were able to relate to one another and use that as a foundation for exchanging opinions. They created their own unique synergy, which is reflected in their song.”

Sumber gambar: kpopstarz

Kata agensi EDAM Entertainment juga, mereka berdua adalah produser muzik yang suka mencipta lagu melalui sinergi mereka yang tersendiri yang mana kalau orang dengar sahaja lagu mereka orang tahu itu adalah IU atau pun Suga. Hehe! Kiranya lagu mereka ada identiti yang tersendiri lah ini! Untuk pengetahuan korang juga, sebenarnya IU telah selesai membuat penggambaran muzik video untuk comeback baru dia juga yang mana khabarnya ia berbeza dengan muzik yang IU pernah buat seperti sebelum. IU juga secara peribadi, dia turut mengambil bahagian dalam setiap proses production muzik video dia, mula dari susun lagu, lirik dan dia juga yang decide Β untuk tetapkan konsep untuk single dia nanti! Ish! Tak sabarnya!

via GIPHY

Walau bagaimanapun, untuk yang kolaborasi IU dan Suga BTS ini pun masih tidak jelas lagi. Sama ada, mereka berdua akan featuring dan tampil dalam lagu IU ke, atau Suga bantu dalam penciptaan lagu ke dan lain-lain masih belum diumumkan tapi bila ada saja nama Suga mesti lah ramai yang teruja sebab Suga BTS memang dikenali sebagai β€œMin PD-nim” di Korea dan sudah penyanyi solo wanita yang terbaik telah berkolaborasi dengannya seperti Suran, Heize, Lee Sora dan juga Halsey! Apa-apa pun, kita semua tunggu 6 Mei nanti okay! Fuh! Tak sabarnya nak dengar lagu mereka berdua!Β 

What do you think?

67 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply to nbihha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru Minggu Pertama Puasa Dah Lesu! Ini Tips Kekal Bertenaga

Aplikasi Yang Sesuai Untuk Korang Online Class!