in ,

Kisah Viral Result SPM 2019

Sumber gambar: Instagram @kasihirisleona / Twitter @amirfufu

Sepanjang result SPM 2019 keluar, banyak berita gembira yang kita dapat tengok. Masing-masing berkongsi kegembiraan tak kisah berapa sekali pun result yang mereka dapat.

Apa yang paling seronok sekali ialah apabila kita langsung tak jumpa kata-kata negative daripada netizen memandangkan waktu hari akhir SPM tahun lepas, ada kes pelajar yang membuat kekecohan di sekitar Bandaraya Melaka. Mungkin mereka sudah melupakan kes itu disebabkan ia ditutupi dengan banyak berita gembira sepanjang minggu lepas. Korang pun mesti tumpang gembira bila tengok ramai orang happy dan semuanya tunjukkan sifat positive. Hari ini LUNARIA akan share dengan korang semua beberapa moment viral sepanjang keputusan SPM 2019 pada hari Khamis lepas.

BUDAK SHELL 5A

Disebabkan rasa bangga dengan pekerjaannya sebagai pekerja part time di petrol station Shell, Amir kini mendapat penghargaan daripada pihak Shell! Kejayaan Amir yang telah memperoleh 5A dalam peperiksaan SPM 2019 telah membuatkan dirinya dikenali ramai dekat Twitter. Pada asalnya Amir ni hanya la seorang lelaki biasa di Twitter dan dia memang seorang yang lucu sebab kebanyakan twit dia semua kelakar. Tapi disebabkan dia bekerja sebagai part time di Shell, dia hanya bergurau dengan mengatakan bahawa dia akan memakai baju kerja Shell sekiranya dia mendapat banyak retweet. Netizen ni jenis pantang dicabar, lalu twit tersebut berjaya memperoleh lebih daripada 6 ribu retweet dan akhirnya dia akur lalu memakai baju Shell ke sekolahnya di SMK Puchong Perdana. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah dia berjaya memperoleh result 5A dengan berbaju Shell! Hebat la Amir ni dan lagi membanggakan kejayaannya itu ialah apabila dia telah mendapat penghargaan daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain. Boleh tahan kecoh juga benda ni dekat Twitter last week bila ramai netizen turut tumpang gembira dengan kejayaan Amir. Tahniah awak!

LEONA TIKTOK GIRL

View this post on Instagram

7As 1B+, I think I did okay πŸ™‚

A post shared by Leona (@kasihirisleona) on

Sudah la cantik, famous dekat TikTok, result pula gempak! Memang beauty with brain la Leona ni. Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona telah berjaya memperoleh result 7A. Rupanya Leona ni ialah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman! Bukan setakat dia seorang sahaja yang berjaya memperoleh kejayaan, tapi kembarnya juga which is Andika Rees Pahamin juga mendapat result yang cemerlang. Disebabkan kecemerlangan mereka itu, mereka berdua akan melanjutkan pelajaran dalam course law! Wowww, bakal lawyer la nampaknya pasangan kembar ni ya. Even dapat result power, tapi mereka berdua tetap down to earth yang mana langsung tak bangga diri dengan kejayaan mereka. Tahniah juga kepada pasanga kembar ni!

HERO REMAJA SHARE RAHSIA SPM 9A

Haihh yang ni mesti ramai girls suka kan? Dah la cute, muka ala-ala ada a lot of mix then pandai pula, haihh. Walaupun zaman SPM dia sudah berlalu tapi Jabir Meftah tetap berbesar hati untuk berkongsi kisah kejayaannya bersama dengan followers di Twitter. Menurutnya dia tidak pernah menghadiri sebarang kelas tuisyen sepanjang SPM dan apa yang dilakukannya itu telah dibawa sehingga ke universiti. Cara yang dia lakukan ialah fokus habis-habisan di dalam kelas so that bila balik rumah tak perlu nak ke kelas tuisyen sebab bagi dia ilmu yang didapati dekat dalam kelas sudah memadai cuma hanya perlu di baca semula sahaja. For those yang tak tahu, Jabir pernah viral seketika sebelum ini disebabkan ‘kemunculannya’ dalam satu anugerah sebagai pemberi trofi. Ini la yang kita panggil sebagai handsome with brain, hehe!

‘TAK KISAH BERAPA A, ESOK GANTI TEMPAT PAPA DEKAT OFIS’

Banyak A atau tidak, esok kamu tetap kena ke ofis dan gantikan tempat papa sebagai CEO dekat Megah Holdings. Papa dah tak larat nak uruskan syarikat.

HAHA! Siapa biasa tengok drama Melayu mesti familiar je dengan dialog ni kan? Bukan setakat familir dengan dialog, tapi muka ‘papa’ tu pun mesti korang kenal juga kan. Cuma sekarang ‘papa’ dah lama tak berlakon drama sebagai Datuk mahupun Tan Sri, hehe! Lepas umum result SPM haritu bukan main ramai lagi yang buat meme gambar pelakon Mustafa Kamal yang sememangnya selalu pegang watak sebagai CEO syarikat besar yang memaksa anak-anaknya untuk menyambung legasi. That’s why ramai yang gunakan gambar Mustafa Kamal untuk dialog macam tu. Adoi, netizen ni bukan main tau, ada je benda kelakar mereka nak buat.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat semua calon SPM 2019! Perjalanan korang jauh lagi selepas ini. Make sure pilih course yang betul waktu nak sambung belajar nanti dan jangan terjatuhkan buku dekat depan pintu kolej ya. Jangan terpengaruh sangat dengan drama Melayu yang jumpa jodoh dekat depan pintu kolej, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Yang Boleh Buatkan Mood Sentiasa Ceria

Cara Kekal Sikap Positive, Selalu Feeling Cantik