in ,

Kisah Dua Influencer Media Sosial Bergaduh!

Sumber gambar: https://www.storyhive.com/project/show/id/3612

Apa maksud BFF bagi korang? Adakah hanya kawan biasa waktu diperlukan atau susah senang sama-sama?

Girls, korang ada BFF sendiri kan? Pernah gaduh dengan BFF tak? Kalau pernah gaduh, korang ada tak drag isu tersebut sehingga ke social media sampai diketahui oleh orang lain? But actually tak perlu pun sampai nak bagitahu semua orang tentang pergaduhan korang. Keep it private lebih elok sebenarnya.

Tapi apa yang jadi dekat Twitter sekarang ini lain pula isunya. Ada dua orang social media influencer dikatakan bergaduh sama sendiri walhal before this mereka ialah kawan baik susah senang bersama.

Sumber gambar:

TKita tak perlu fokus siapa mereka yang Ainaa maksudkan tapi maybe kita boleh ambil pengajaran atas apa yang jadi dekat mereka berdua. Ikutkan apa yang jadi ialah dah berlaku pengkhianatan dalam friendship mereka bila salah seorangnya mula tikam belakang dengan cara create satu group di Instagram untuk mengutuk BFF dia sendiri.

Hmm sampainya hati, kata BFF tapi kenapa sanggup buat macam tu? Menurut si mangsa, before this mereka memang sangat rapat sampaikan bila si pelaku dalam masalah, dialah orang pertama yang akan bantu. End up sekarang jadi macam ini pula, mesti la si mangsa tu sakit hatikan?

Sumber gambar

Disebabkan mereka berdua ialah influencer, maka ramai netizen sibuk nak ambil tahu tentang isu sebenar pergaduhan itu berlaku. Perkara jadi lagi serious lepas si mangsa expose apa yang si pelaku tu buat dekat social media sebab dah tak tahan dengan fitnah yang dia terima sampaikan dia dah buat laporan polis. Alamak, serious betul pergaduhan ini.

Kata orang gaduh dengan BFF ni lagi sakit daripada gaduh dengan boyfriend tau. Si mangsa sendiri akui yang dia kecewa dengan apa yang dah berlaku sebab before this friendship mereka tak ada apa-apa masalah pun. End up sekarang dah bermusuh sampai libatkan banyak pihak pula.

via GIPHY

Apa pun, Ainaa harap isu pergaduhan dua orang influencer ini akan settle dengan cara baik. Mudah-mudahan si pelaku mengaku silap dan minta maaf dekat si mangsa. Dengarnya si pelaku tak nak minta maaf atau akui kesilapan dia tapi apa yang dia buat ialah block si mangsa dekat semua social media. Hmm, macam makin panjang je kisah mereka nanti?

Korang pun sama juga tau, bila dah berkawan jangan la nak tikam belakang. Jadilah kawan yang baik, sentiasa bersama susah dan senang. Jangan pernah ambil kesempatan dengan kebaikan seseorang tu okay. Kawan biar beribu, barulah banyak perkara kita boleh belajar sama-sama!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Vlogging Seperti YouTuber!

Flat Lay Makanan Paling ‘Sedap’