in ,

Kisah Dari Sekolah: Cerita Seram Sekolah Tertua Di Malaysia

Sumber gambar: reelgood.com

Setiap tempat, sudah pasti mempunyai sejarah mereka masing-masing dan mesti akan menarik perhatian orang ramai jika ia adalah sebuah tempat yang menyeramkan. Tidak dinafikan, walaupun sekolah adalah tempat menimba ilmu, di sekolah jugalah adalah antara tempat yang paling kerap kita dengar tentang kisah hantu dan kisah yang selalu buatkan bulu roma orang naik. Kali ini kami akan kongsi dengan korang beberapa kisah dari sekolah yang tertua di negara kita. Sekolah mana itu? Ha! Yang itu korang boleh cuba korek sendiri… 

“BARANG” LAMA SEKOLAH

Sumber gambar: lekat lekit

Jika sekolah korang adalah antara sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti pihak sekolah akan menyimpan beberapa barang yang bersejarah untuk dipertontonkan kepada pelawat sebagai arkib sekolah. Akan tetapi, lain pula dengan “barang lama” sekolah ini. Selain menyimpan barang yang sesuai dijadikan arkib sekolah, salah sebuah sekolah tertua ini dikatakan menyimpan janin bayi yang “ori” selama berpuluh tahun. Pernah tak korang terfikir apa kegunaan sebenar janin itu dan berdasarkan kisah beberapa pelajar di sekolah ini sendiri, masih tertanya dan tidak tahu apakah motif janin itu masih berada di sekolah. 

“PANTANG” SI MAKHLUK GHAIB

Sumber gambar: Phranakornfilm

Bila satu tempat itu sudah dikatakan “keras” dan boleh mengundang gangguan makhluk lain. Sudah pasti kita akan ada pihak yang bertanggungjawab seperti ustaz atau ustazah yang akan membantu, betul tak? Makhluk yang tinggal di salah satu sekolah tertua ini juga mempunyai pantang mereka sendiri yang mana diceritakan sendiri oleh pelajar, bahawa mereka tidak dibenarkan untuk membuat sepah dan mengotorkan asrama. Selain itu, pelajar juga dinasihatkan supaya tidak terlalu galak dan bising sebab nanti “benda” itu akan marah dan mengamuk, walaupun sekolah ini amat jarang untuk kita dengar kes histeria.

MISTERI PELAJAR HILANG…

Sumber gambar: wired

Menjadi seorang pelajar ini, kadang-kadang kita bukan sahaja sibuk dengan akademik. Malah, aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan pun kita perlu aktif bagi menambah kemahiran kita dan kadang-kadang bila terlalu aktif dan tinggal di asrama. Boleh jadi kita akan berlatih sampai lewat malam. Ada sebuah sekolah tertua yang popular mempunyai kelab muzik, jadi bila seorang pelajar ini jalan di kawasan terowong bawah tanah berdekatan dengan bilik muzik. Eh tiba-tiba dia tersesat dan katanya sampai hari ini masih tidak dijumpai tau! 

NAK MEMBUANG PUN TAK SENANG! 

Sumber gambar: Dhia

Pernah tak korang niat nak pergi membuang saja tapi tiba-tiba ada orang kacau? Memang tak best kan! Salah seorang pelajar yang masuk band di salah satu sekolah ini juga bercerita tentang bagaimana kisah senior mereka diganggu semasa ingin ke tandas. Biasalah… budak band mesti akan berlatih sampai malam dan katanya sewaktu nak on the way ke tandas itu dia nampak seorang perempuan dan tiba-tiba saja dia hilang sebelum dijumpai semula tengah tidur keseorangan atas tangki air. OMG! Macam mana dia boleh tidur situ? Bila ditanya, dia macam tak ingat apa-apa kecuali part terserempak perempuan “itu”.

Ha! Setakat ini, kami ada cerita itu saja. Sekolah korang macam mana pula? Adakah sekolah korang pun salah satu sekolah yang mempunyai kisah seram? Atau mungkin sekolah korang adalah antara sekolah tertua di Malaysia? Kalau ada, korang bolehlah kongsi cerita seram korang pada kami dengan komen di bawah! Eh! Jaga-jaga ya! Mana tahu, nanti waktu tengah jalan seorang diri di sekolah itu ada yang ikut… hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seokjin BTS Tangguh Military? + Buat Lagu Baru Untuk ARMY?

AWAS! Ini Bahan Larangan Untuk Letak Atas Kulit Muka…