in ,

Kisah Cinta Tak Kesampaian Artis Korea 2019

Sumber gambar: cnnindonesia.com / hype.my

Banyak betul benda best dan tak best yang jadi sepanjang tahun 2019. Lagi-lagi yang melibatkan artis Korea.

Kalau korang baca article Zoe semalam, ada list beberapa kejadian yang berlaku ke atas dunia Kpop sepanjang tahun 2019. Antaranya ialah berita bunuh diri beberapa artis dan kisah depression mereka. Tak terlepas juga kisah cinta yang tak kesampaian dan putus di tengah jalan. Since tahun 2019 dah nak habis, Ainaa nak share beberapa kisah cinta tak kesampaian artis Korea sepanjang tahun ni. Check it out~

KAI EXO DAN JENNIE BLACKPINK

Image result for kai and jennie
Sumber gambar: Hype

Haihh comel betul la tengok mereka berdua ni. Waktu kisah cinta mereka ni timbul, ramai juga fans yang terkejut dan was was dengan berita ni. Katanya Jennie dan Kai menjalin cinta pada 1 Januari 2019 tapi akhirnya berpisah sekitar 25 Januari. Laa, tak sampai sebulan pun bercinta dah putus. Rata-rata fans ada yang happy dan ada juga yang tak setuju dengan hubungan kedua-dua bintang hebat ni. Alaa, kenapa ada yang tak suka? Cute apa Jennie dengan Kai ni. Masing-masing cantik dan handsome!

SONG JOONGKI DAN SONG HYEKYO

Image result for SONG JOONGKI DAN SONG HYEKYO
Sumber gamabr: Kupang Tribunnews

Nama pun dah lebih kurang sama, kata orang kalau sama ni mesti ada jodoh! Tapi tak juga sebab ikatan perkahwinan mereka tak lama. Mereka mula menjalin cinta waktu sama-sama berlakon dalam drama Descendants of The Sun tapi akhirnya bercerai pada bulan Julai yang lepas. Berita penceraian tu mengejutkan banyak pihak termasuk peminat mereka sendiri. Ramai yang cakap mereka berdua ni nampak sangat sepadan dan bahagia tapi mungkin disebabkan perbezaan keperibadian yang buatkan hubungan mereka tak lama.

BORA DAN FEELDOG

Image result for BORA DAN FEELDOG
Sumber gambar: Kapanlagi

Macam biasa, Bora dan Fildog mula jatuh cinta waktu menjalani pengambaran Hit The Stage In dan hubungan yang terjalin selama dua tahun tu putus pada awal tahun ni. Tapi punca perpisahan mereka masih tak diketahui umum sebab masing-masing berahsia. Even pihak agensi Bora sendiri tak dapat nak ulas apa-apa dan ramai menganggap itu ialah hak mereka sendiri untuk tak berkongsi pada umum. Kita as fans ni tak boleh la nak tahu banyak sangat tentang privasi artis. Mungkin ada sebab tersendiri kenapa mereka decide untuk diamkan diri.

NAM TAE HYUN DAN JANG JAE IN

Image result for NAM TAE HYUN DAN JANG JAE IN
Sumber gambar: Wowkeren

Pasangan ni pun nampak serasi juga bila tengok. Tapi sayang menurut Jang Jae In, hubungan mereka berakhir bila dapat tahu yang Nam Tae Hyun curang dibelakang dia. Kecurangan Nam Tae Hyun diketahui sendiri oleh Jang Jae In bila skandal dia sendiri yang mengakui tentang hubungan mereka. Alamak, kalau bab curang ni memang tak boleh nak cakap apa la. Even Nam Tae Hyun dah minta maaf dan mengaku salah dia, Jang Jae In tetap taknak teruskan hubungan tapi akan tetap boleh bekerjasama walaupun dah tak ada hubungan. Haihh kenapa la curang, girlfriend dah lawa macam tu pun cari lain ya. Pukul karang baru tahu!

LEE JUNG JIN DAN EUAERIN

Image result for EUAERIN
Sumber gambar: Soompi

Lepas dua tahun bercinta, Lee Jung Jin dan Euaerin akhirnya dikhabarkan dah berpisah. Pasangan yang berbeza umur 10 tahun ni decide untuk putus dengan cara yang baik which is masing-masing merelakan perpisahan. Katanya hubungan mereka berputik bila masing-masing ada hobi yang sama dan selalu holiday sama-sama sampaila timbul rasa cinta. Kata orang, kalau minat dan hobi sama tapi tak ada jodoh memang tak boleh nak buat apa la kan.

So far apa yang Ainaa boleh nampak ialah kebanyakan artis Korea merahsiakan hubungan cinta mereka. Mungkin sebab utama ialah taknak fans kecewa dan macam yang korang tahu, fans Korea ni lain macam. Mereka anggap yang mereka berhak untuk kawal hidup artis kegemaran mereka, padahal tu kan hak sendiri. Lain pula dengan artis dekat Malaysia, ramai yang bercinta secara terbuka dan akhirnya cinta putus tengah jalan. That’s why artis Korea ni lebih suka bila kisah cinta mereka jadi rahsia sebab tu ialah privasi mereka sendiri.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jungkook Digelar Sold Out King!

Perbezaan Konsert, Fan Meeting, Showcase dan Fan Sign #kpop101