in ,

Kisah Benar Lagu Baru Haqiem Rusli, Adlina Marie

Sumber gambar: youtube.com/FMCMusic

Baru-baru ini, memang merupakan satu khabar gembira untuk peminat Haqiem Rusli, QIEMILIO sebab penyanyi dan komposer muda yang berbakat besar ini telah lancarkan lagu barunya iaitu Adlina Marie. Ha, korang dah dengar ke belum lagu Adlina Marie? Seperti yang kita tahu, kebanyakan lagu Haqiem Rusli memang selalu meninggalkan kesan sebab dia banyak hasilkan lagu terbaik sehingga layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu untuk lagu Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan Lembah Kesepian.

Untuk pengetahuan korang,lagu  Adlina Marie telah mendapat perhatian ramai pendengar sebab lagu ini siap trending di Youtube tau! Dan mesti ada di antara korang yang nak tahu, siapa sebenarnya Adlina Marie ini? Istimewa betul dia sebab sampai Haqiem Rusli pun siap buat lagu khas untuk dirinya. Adlina Marie diinspirasikan dari sebuah video yang tular sebelum ini dan video tersebut juga telah mengundang sebak para netizen. Kalau korang nak tahu juga, sebenarnya Haqiem Rusli nak lancarkan single terbaru, Adlina Marie ini sempena hari lahirnya tapi tidak kesampaian sebab PKP. 

 

View this post on Instagram

 

ARE YOU READY FOR MUSIC VIDEO ADLINA MARIE?

A post shared by “ADLINA MARIE”MV COMING SOON (@haqiemrusli98_) on

Mengangkat kisah benar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikenali sebagai Adlina Marie yang sangat merindui bapanya yang terkorban dalam kemalangan. Apa yang lebih menyedihkan, Adlina selalu bertanya tentang dimana keberadaan bapanya yang sudah meninggal dunia berdasarkan rakaman video dari ibunya yang viral di media sosial. Dalam video menunjukkan adik Adlina Marie ini berada di kawasan kubur bapanya dan bertanya “Kenapa ayah tak keluar pun?”. Jadi, bila ia sudah mengundang emosi netizen, maka tercetuslah idea Haqiem Rusli untuk ciptakan satu lagu khas untuk adik Adlina Marie ini.

Haqiem Rusli ada juga memberitahu bahawa semua penggambaran muzik video Adlina Marie ini juga awalnya terbantut sebab PKP Mac lalu. Akan tetapi, akhirnya kini muzik video Adlina Marie telah pun siap dan walaupun ia dilakonkan semula sahaja tapi ia mampu menambat emosi halus para penonton yang mendengar lagu ini. Iyalah, suara Haqiem Rusli kalau menyanyi memang buatkan pendengar sebak, lebih lagi jika lagu itu lagu yang sedih. 

Muzik video tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan dan pada intro lagu ini, Haqiem juga memaparkan video asal perbualan antara Adlina Marie dan ibunya yang berada di kawasan perkuburan. Jadi, korang kena tonton sekarang okay! Hehe! Dah alang-alang itu, nak tanya juga, apa perasaan korang, lebih lagi QIEMILIO yang dah tonton lagu ini? Korang boleh komen di bawah. Dengar cerita, ramai yang support lagu ini siap tukar gambar profil tema kuning, betul ke? Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Inspirasi Rambut Pendek K-Pop Idol Khas Untuk Girls

Daebak BTS ARMY! Dynamite Raih 101.1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!