in , ,

Kasut Pun Ada Cerita Dia Sendiri Tau!

Sumber gambar: https://www.thezoereport.com

Kasut bukan je untuk kita berjalan, tapi sebagai pelengkap penampilan kita. Korang mesti ada different shoes untuk different occasions kan? Kalau #Lunagirls nak tahu, setiap kasut yang korang gayakan explains personaliti yang berbeza tau, lagi-lagi kasut yang korang minat!

SNEAKERS

via GIPHY

Sneakers ni memang tengah in trend sekarang! #Hypebeast Selain selesa, sneakers senang nak dimatchkan dengan outfit korang yang banyak stail tu. Jadi bagi  #Lunagirls yang meminati sneakers, korang seorang yang aktif, multitasking, suka berjalan dan mempunyai jadual harian yang padat. Sebab tu korang pakai sneakers, senang nak bergerak!

WEDGES 

Sumber Gambar: https://www.blog.apparelsearch.com

Wedges ialah kasut tumit  jenis rata dan sangat stabil untuk digunakan. Kalau pakai wedges, korang akan kelihatan girly-girly dan dalam masa yang sama kelihatan sopan tanpa terlalu over. Diorang ni juga merendah diri dan suka menyenangkan hidup orang lain. Awww! Ada ke #Lunagirls yang minat wedges ni, kalau ada, kita geng!

FLATS

Sumber Gambar: https://faviana.com

Flats ni comel dan simple kan? Ia juga sangat selesa untuk di pakai. Kalau pakai flats, akan menyerlahkan sifat korang yang happy go lucky, senang didekati ataupun senang dijadikan kawan dan tidak kisah dengan orang sekeliling, motto hidup “lantaklah apa orang nak kata, yang penting aku happy“. Senang tau kalau kawan dengan yang easygoing ni!

SELIPAR 

via GIPHY

Sempoi kan kalau dapat pakai selipar 24 jam 7 hari seminggu? Kadang-kadang rasa macam tak kisahlah apa orang nak cakap pasal penampilan diri kita, kehidupan kita, yang penting kita bahagia! Begitulah sikap si penggemar selipar ni, tak amik peduli dengan kutukan orang, janji  happy!

KITTEN HEELS 

Sumber Gambar: https://www.garmany.com

Si penggemar kitten heels ni dikatakan seorang yang old school, tidak kisah dengan benda trending dekat luar sana. Diorang ni lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton movie, mengemas mahupun berbaring di katil. Pemakaian diorang pun bertemakan old school, kalau pakai baju kurung mesti nampak macam perempuan melayu terakhir #Pewit

Jadi  #Lunagirls penggemar kasut yang mana? Mesti ada satu kasut kegemaran korang, yang hari-hari pakai sampai lunyai. Kasut favorite lah katakan..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bukan Instagram Artis Je Boleh Kena Hack!

Sebelum Dikecam Lebih Teruk, Ini Sebab Haqiem Rusli Tarik Semula Hasrat Membuat Laporan Polis