in ,

‘Kill This Love’ Blackpink Masih Dalam Carta Muzik Amerika Syarikat

Sumber gambar: YouTube FallenSuperheroSG

Let’s kill this love! Ram pam pam pam pam pam pammmm….

Kill This Love, dendangan Blackpink, bukan saja melakar sejarah mendapat tontonan tertinggi di YouTube dalam tempoh 24 jam sewaktu dilancarkan pertama kali, malah lagu ini masih mendominasi carta di Amerika Syarikat! Kalau korang nak tahu, lagu ini merupakan satu-satunya lagu K-Pop perempuan yang mampu mengekalkan tempatnya di dalam carta Billboard World Digital Song Sales selama setahun sejak 2NE1 dahulu.

2NE1 telah mencipta sejarah pada tahun 2014 apabila menjadi satu-satunya artis berkumpulan Korea yang berada pada tangga pertama selama tiga kali di dalam carta Billboard World Digital Song Sales. Sebelum ini, artis dari negara itu yang berjaya mencipta rekod sama adalah PSY. Tapi PSY hanya berjaya mendapat nombor satu sekali saja menerusi lagu Gangnam Style. Korang ingat lagi tak lagu Gangnam Style?

via GIPHY

Lagu Kill This Love yang dikeluarkan pada 5 April 2019, kekal di dalam carta muzik berkenaan selama 52 minggu berturut-turut! Power tak?! Seterusnya lagu ‘DDU-DU DDU-DU’ Blackpink juga dan ‘I am the Best’ dendangan 2NE1 masing-masing dengan perolehan sebanyak 70 minggu dan 120 minggu di dalam carta. ‘Kill This Love’ kini berada di posisi no.19 untuk minggu ke-52 di dalam carta berkenaan.  Carta Billboard World Digital Song Sales ialah carta muzik yang mengukur keupayaan lagu-lagu keluaran luar negara yang berjaya menembusi pasaran muzik di Amerika Syarikat.

Sumber gambar: DBkpop

Selain mendapat tontonan melebihi 800 juta di YouTube, Kill This Love turut mendapat streaming tertinggi melebihi 300 juta di Spotify. Ya, sekali lagi BLACKPINK menjadi satu-satunya kumpulan K-Pop perempuan yang berjaya berbuat demikian. But guys, ini tak termasuk rekod yang pernah dibuat menerusi single yang melakarkan nama mereka di seluruh dunia iaitu ‘DDU-DU DDU-DU’.

Menurut Forbes, ” Tiada sesiapa dapat menjangka berapa lama lagi ‘Kill This Love mampu bertahan…Blackpink sudah tercatat sebagai antara kumpulan K-Pop perempuan paling berjaya di serata dunia sepanjang zaman.” Hebat BLACKPINK! BLINKS mesti lagi semangat untuk sokong kumpulan favorite mereka.

via GIPHY

BLACKPINK kini sedang dalam persiapan untuk mengeluarkan album penuh terbaru. Dengan penghasilan album studio terbaru ini, ramai menjangkakan BLACKPINK bakal menjadi kumpulan K-Pop perempuan pertama yang mampu memecahkan rekod di dalam carta single Billboard Hot 100 dan carta album Billboard 200 secara serentak, seperti pernah dilakukan oleh kumpulan kpop BTS.

Agaknya kalau BLACKPINK dan BTS buat satu lagu bersama mesti akan lagi gempak betul tak? Korang rasa on tak on kalau mereka keluarkan satu lagu? Masing-masing bersaing untuk naikkan nama kumpulan mereka, dan kalau mereka buat satu lagu bersama mungkin akan tambah kuat!

Sumber gambar: Scmp.com

Dalam banyak-banyak lagu BLACKPINK, Kill This Love pilihan LUNARIA! Korang pula suka yang mana? Apa pun, LUNARIA agak sedih bila sepatutnya tahun ini BLACKPINK dikatakan bakal buat konsert di Malaysia tapi terpaksa cancel sebab Covid19! Baru semangat kami satu team nak pergi.. But it’s okay! Kita cuba lagi tahun depan.. BTW, siapa bias korang dalam BLACKPINK?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Hilangkan Bau Badan

Resepi Makanan Upgrade Tiktok Yang Patut Dicuba!