in ,

Khas Untuk Si Kidal, Hari Ini Hari Istimewa Korang!

Sumber gambar: Shininghopes

Wahh, kau kidal rupanya? Unik tengok orang kidal nbila menulis, tangan mesti senget-senget. Lepas itu tulisan cantik pula..

16 Selebriti Tangan Kidal Yang Mungkin Korang Tak Sangka - REMAJA
Sumber gambar: Cewekbanget

Betul ke orang tangan kidal ini tulisannya lebih cantik? Tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami, kebanyakan kawan-kawan yang kidal ini tulisan mereka memang cantik pun, kemas je bila tengok. BTW Selamat Hari Kidal Sedunia buat korang semua yang kidal. Tak sangka, orang kidal pun ada hari istimewa untuk mereka sendiri tau. Memandangkan hari ini merupakan hari special untuk korang yang kidal, kami nak share sedikit beberapa fakta tentang diri korang yang mungkin korang sendiri belum tahu.

BUAT ITU BOLEH, BUAT INI PUN BOLEH

Image result for multitasking meme | Funny photos of people, Funny ...
Sumber gambar: Pinterest

Sambil buat latihan Mathematics, boleh pula dia berbual dan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Jawapan dan jalan kira betul pula.. Memang multitask betul orang kidal ya?

Ya, jangan terkejut kalau tengok kawan korang yang kidal boleh buat banyak kerja dalam satu masa ya. Perkara itu disebabkan kerana orang kidal ini akan memaksa otak mereka berfikit serta memberi respond dengan lebih pantas. Cuba korang test sikit kawan kidal dengan kawan yang tak kidal sambil mereka buat satu kerja, minta mereka buat benda lain dalam satu masa. Tengok antara dua itu siapa yang mampu untuk siapkan kedua-dua kerja dalam masa yang singkat.

BENDA DUA TAHUN LEPAS PUN BOLEH INGAT

via GIPHY

Tahun lepas bulan 12, Ali ada pinjam duit aku RM4.50 sebab dia nak beli jajan… Dah dekat setahun, rasanya dah boleh minta balik kot duit aku kan?

Jangan ingat perempuan je yang ada ingatan yang tajam ya, orang kidal ni pun ada kebolehan yang sama. Individu yang kidal ini lebih cenderung untuk mempunyai ingatan yang kuat kerana otak mereka lebih berstruktur. Maksudnya ialah mereka memiliki kemampuan untuk mengingati perkara dengan lebih tinggi. Pada masa yang sama, mereka juga memiliki kemampuan untuk selesaikan masalah dengan lebih pantas kerana otak mereka bekerja dengan lebih keras dan menjadi lebih kreatif dalam berfikir,

ATUK NENEK KIDAL, KORANG PUN KIDAL

Unik, Tapi Tahukah Moms Anak Kidal itu Lebih Pintar? Ini ...
Sumber gambar: Nakita

Kalau dah nama pun keluarga, mesti akan terikut juga. Sekiranya atuk nenek atau ibubapa korang seorang yang kidal, tak mustahil korang juga akan menjadi individu kidal juga. Kebarangkalian untuk dapat jadi kidal itu ialah 50-50. Ada juga yang parents kidal tetapi dia tidak kidal. Tetapi sekiranya parents tak kidal, kemungkinan untuk korang jadi kidal itu ialah hanya sebanyak 2% sahaja. So kalau korang kidal tanpa keturunan pun kidal, itu kira kebetulan.

ALA, MALU LAH!

itzy jisu | Explore Tumblr Posts and Blogs | Tumgir
Sumber gambar: Tumgir

Ada segelintir golongan kidal ini mempunyai sifat pemalu yang mendalam pada diri mereka. Mana tidaknya, mereka pasti akan berasa sedikit rendah diri apabila berjumpa dengan orang baharu lagi-lagi kalau orang tersebut tahu yang dia itu seorang yang kidal. Padahal sebenarnya orang kidal ini unik. Orang lain tulis pakai tangan kanan, dia tulis guna tangan kiri, tak ke unik? Korang kalau berhadapan dengan kawan kidal mesti akan perhatikan waktu dia menulis. Boleh jadi disebabkan banyak mata-mata yang memandang, dia akan berasa sedikit malu. Korang jangan malu lagi sebab memiliki sifat kidal ini bukanlah satu perkara yang memalukan tetapi ia satu kelebihan pada diri sendiri.

Ingat ya tarikh hari ini, 13 Ogos setiap tahun merupakan hari istimewa untuk korang! Jangan pernah rasa rendah diri dengan kelebihan yang ada.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanda-Tanda Kita Didera Secara Mental Oleh Kawan

5 Alasan Yang Biasa Digunakan Bila Tak Habis Makanan